1. Secara am, Apple TV ialah sebuah kotak seperti Android box, atau kotak decoder Astro.
2. Ia boleh berfungsi seperti Android box, untuk melanggan siaran (apps) filem atau siaran dalam talian.
3. Ia juga dapat berfungsi untuk memaparkan skrin daripada peranti Apple yang lain, seperti iPhone, iPad, atau MacBook.
4. Jadi, dengan fungsi paparkan skrin peranti lain (juga disebut mirroring), orang lain boleh melihat jika pengguna peranti itu ingin menunjukkan/ memaparkan skrin mereka.
5. Apple TV boleh disambungkan ke sebarang TV Pintar atau LCD projector, jadi, penonton boleh menonton sama ada di TV Pintar atau LCD projector.
6. Maksudnya, jika di peranti iPhone menunjukkan senarai apps, orang lain boleh lihat paparan yang sama - ia sesuai untuk ajar penggunaan apps.
7. Jika di peranti iPad sedang menonton YouTube atau video, maka penonton boleh melihat YouTube atau video yang sama - sesuai untuk buat tayangan filem/ dokumentari dalam kelas.
8. Jika di peranti Apple sedang membuka apps Camera, maka apa yang sedang dilihat oleh kamera itu akan dipaparkan di skrin - sesuai untuk buat siaran langsung atau papar aktiviti murid.
9. Jika di MacBook sedang membuka laman Internet, maka penonton boleh melihat apa yang dipaparkan di laman web itu - sesuai untuk berkongsi bahan pengajaran atau menunjukkan apa-apa kandungan Internet kepada murid.
10. Dan jika penonton juga mempunyai peranti Apple (iPhone, iPad, MacBook), mereka juga boleh meminta izin untuk memaparkan skrin mereka kepada umum - berguna jika mahu membuat pembentangan atau perkongsian hasil kerja.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
20 Oktober 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan