Salam,
1. Dengan Apple Watch, fungsi Wallet boleh diaktifkan untuk pembayaran, sama seperti di iPhone.
2. Justeru, jika pengguna iPhone sudah mengeset Wallet dengan kad sama ada kredit atau debit, Apple Pay boleh digunakan di Apple Watch, sama seperti di iPhone.
3. Bagi pengguna Apple Watch selular, lebih menarik lagi, tidak perlu pun membawa iPhone ketika berjalan-jalan, kerana boleh terus membayar dengan Apple Watch selular.
4. Untuk membayar, pengguna hanya perlu menekan butang sisi dua kali, dan kad (debit atau kredit) akan dipaparkan di muka jam.
5. Satu arahan akan turut dipaparkan, “Hold near reader”, iaitu pengguna perlu mendekatkan Apple Watch kepada pembaca kad di mesin kad, atau terminal pembayaran.
6. Setelah itu, pembayaran akan selesai, dan satu notifikasi akan dipaparkan di Apple Watch.
7. Secara am, semua proses ini boleh dilaksanakan dengan iPhone, yang memudahkan kehidupan penggunanya.
8. Walau bagaimanapun, dengan Apple Watch, pembayaran mudah dengan iPhone itu dimudahkan lagi, sehingga tidak perlu mengeluarkan iPhone dari beg atau poket.
9. Malah, dalam keadaan tertinggal telefon, pembayaran masih boleh dilaksanakan dengan Apple Watch selular.
10. Contoh mudah, jika di stesen minyak, pengguna boleh membayar dengan Settle, bagi stesen Petronas.
11. Tetapi, dalam keadaan tiada kredit, atau tiada Internet, pengguna perlu mengeluarkan kad (kredit/ debit) bagi membayar di pam, apabila pembayaran dengan Settle tidak dapat digunakan.
12. Mencari dan mengeluarkan kad kredit itu mungkin menyusahkan dalam sesetengah keadaan, justeru, Apple Watch dalam memudahkan dengan hanya membawa Apple Watch ke terminal pembayaran.
13. Begitu juga apabila ingin membeli air minuman contohnya di AEON, yang boleh dibayar dengan pelbagai cara termasuk kad.
14. Sama ada pengguna mengeluarkan iPhone dan membayar, atau lebih mudah menggunakan Apple Watch.
15. Bagi pemandu kereta yang ingin meletakkan kenderaan di parking tanpa tunai, iPhone atau Apple Watch boleh digunakan semasa masuk dengan mendekatkan peranti ke pembaca kad.
16. Semasa keluar dari parking, pengguna perlu mengimbas dua kali: pertama untuk mengimbas kad semasa masuk, dan kali kedua untuk membuat pembayaran.
17. Cuma, hal ini menjadi kekurangan bagi pemakai jam di tangan kiri, kerana tingkap pemandu dan pengimbas berada di sebelah kanan.
18. Secara am, ada iPhone, hidup menjadi mudah, dan dimudahkan lagi jika ada Apple Watch.
19. Bahkan lebih mudah pula jika ia ialah Apple Watch selular.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
23 Oktober 2023