Memaparkan catatan dengan label Apple TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apple TV. Papar semua catatan

Selasa, 14 Oktober 2025

Cara pasang Apple TV ke LCD Projector

Salam,

1. Keluarkan Apple TV dari kotak. Pastikan ada wayar power, dan satu TAMBAHAN wayar HDMI.

2. Cucuk wayar power ke kotak Apple TV, hujung satu lagi cucuk ke palam (plug) elektrik.

3. Cucuk wayar HDMI ke kotak Apple TV, hujung satu lagi cucuk ke LCD Projector.

4. Hidupkan suis utama, dan tekan butang “hidupkan” (on) pada pengawal (remote) Apple TV. Boleh juga hidupkan melalui iPhone atau Apple Watch, atau bercakap kepada Siri.

* Untuk penggunaan kali pertama, perlu setting Apple TV dengan iPad atau iPhone dahulu.

5. Hidupkan projector. Pilih sumber (source) = HDMI.

6. Buka iPad. Seret dari atas ke tengah iPad sehingga keluar butang kawalan (Control Button). Sama juga jika menggunakan iPhone atau MacBook.

7. Tekan butang “Screen Mirroring” (dua kotak empat segi yang bertindih).

8. Pilih nama Apple TV.

9. Selamat menggunakan iPad/ iPhone/ MacBook dengan Apple TV.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 April 2025

Isnin, 9 Oktober 2023

Apple TV itu apa?

1. Secara am, Apple TV ialah sebuah kotak seperti Android box, atau kotak decoder Astro.

2. Ia boleh berfungsi seperti Android box, untuk melanggan siaran (apps) filem atau siaran dalam talian.

3. Ia juga dapat berfungsi untuk memaparkan skrin daripada peranti Apple yang lain, seperti iPhone, iPad, atau MacBook.

4. Jadi, dengan fungsi paparkan skrin peranti lain (juga disebut mirroring), orang lain boleh melihat jika pengguna peranti itu ingin menunjukkan/ memaparkan skrin mereka.

5. Apple TV boleh disambungkan ke sebarang TV Pintar atau LCD projector, jadi, penonton boleh menonton sama ada di TV Pintar atau LCD projector.

6. Maksudnya, jika di peranti iPhone menunjukkan senarai apps, orang lain boleh lihat paparan yang sama - ia sesuai untuk ajar penggunaan apps.

7. Jika di peranti iPad sedang menonton YouTube atau video, maka penonton boleh melihat YouTube atau video yang sama - sesuai untuk buat tayangan filem/ dokumentari dalam kelas.

8. Jika di peranti Apple sedang membuka apps Camera, maka apa yang sedang dilihat oleh kamera itu akan dipaparkan di skrin - sesuai untuk buat siaran langsung atau papar aktiviti murid.

9. Jika di MacBook sedang membuka laman Internet, maka penonton boleh melihat apa yang dipaparkan di laman web itu - sesuai untuk berkongsi bahan pengajaran atau menunjukkan apa-apa kandungan Internet kepada murid.

10. Dan jika penonton juga mempunyai peranti Apple (iPhone, iPad, MacBook), mereka juga boleh meminta izin untuk memaparkan skrin mereka kepada umum - berguna jika mahu membuat pembentangan atau perkongsian hasil kerja.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

20 Oktober 2022

Kelebihan Menggunakan Apple TV di rumah

1. Boleh buka tutup TV dengan iPhone walau dari mana anda berapa di rumah. -> Senang nak paksa anak berhenti tonton TV.

2. Boleh terus tunjuk apa-apa yang menarik dari iPhone, iPad, MacBook terus ke TV. -> Senang nak tunjuk gambar, video klip dan lain-lain kepada keluarga. Selepas tunjuk sambung balik tonton TV.

3. Kalau anak terlalai lama sangat tonton TV, boleh tiba-tiba paksa dengar Qur’an atau zikir. Dari mana anda berada di rumah. Caranya pasang Quran di iPhone, iPad atau MacBook. -> Selagi wifi yang sama.

4. Kalau nak tidur dengar Al-Qur’an. Pasang dengan apps di Apple TV, biar ia terus mengaji sepanjang malam. -> Untuk yang takut syaitan dan jin.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

03 Ogos 2023

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...