Memaparkan catatan dengan label SEGAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEGAK. Papar semua catatan

Isnin, 9 Oktober 2023

Pengalaman Memasukkan Data SEGAK ke dalam sistem dengan MacBook dan iPhone

1. Saya mencadangkan kepada sekolah saya, SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk terus memasukkan data SEGAK ke dalam sistem apabila murid-murid melaksanakan SEGAK secara karnival, dan cadangan saya diterima, al-hamdu liLlah.

2. Saya menggunakan MacBook Pro 13” 2022 untuk memasukkan data, dan iPhone sebagai sumber Wi-Fi.

3. Apabila murid melaksanakan SEGAK, mereka menuliskan data mereka pada kertas transit, dan di akhir sesi, mereka menyerahkan kertas transit itu kepada saya yang merupakan jurutaip data.

4. Karnival ini dilaksanakan selama empat hari, dengan hari pertama lapan kelas, hari kedua lapan kelas, hari ketiga enam kelas, dan hari keempat sebanyak enam kelas.

5. Jumlah murid setiap kelas adalah antara 35 hingga 40 orang.

6. Dengan talian Maxis unlimited, saya membuka MacBook dan melayari https://pajsk.moe.gov.my

7. Setelah memangkah pengumuman dan menekan pada bahagian Menengah: Sekolah, saya memasukkan ID kod sekolah dan kata laluan pada kali pertama sahaja.

8. Pada kali berikutnya, saya hanya menggunakan Touch ID (cap jari) untuk menggunakan data ID kod sekolah dan kata laluan yang telah disimpan.

9. Saya pergi ke tab SEGAK di sebelah kiri, dan memulakan tugas dengan memilih tingkatan dan kelas, kemudian menekan “Cari”.

10. Apabila kertas transit sampai ke meja saya, saya mencari nama murid, dan menaipkan data berat dan tinggi.

11. Langkah ini sangat mudah, kerana saya hanya perlu menaip nombor (contohnya 54), menekan “tab”, dan menaip satu lagi nombor (contohnya 155).

12. Berikutnya, saya menekan “tab” sebanyak dua kali, dan menekan “return”, untuk memilih tarikh hari semasa, dan menekan “tab” sekali lagi.

13. Seterusnya, saya menaip empat lagi nombor, setiap satu diikuti dengan “tab”, dan diakhiri dengan “tab” juga.

14. Saya teruskan dengan menekan butang “simpan”, diikuti dengan butang “kembali”.

15. Kini saya bersedia untuk memilih nama murid kedua, dan mengulang semula langkah di atas.

16. Antara kelebihan menggunakan persekitaran Apple ialah Internet yang laju daripada iPhone.

17. Memulakan Internet sangat mudah, sama ada daripada iPhone, atau daripada MacBook, dan talian adalah stabil.

18. Untuk memasukkan data bagi lapan kelas (darab 35 murid, hampir 280 orang murid), masa yang digunakan sangat pantas.

19. Justeru, apabila habis sesi SEGAK pada hari pertama, selepas 15 hingga 20 minit, data SEGAK hari pertama selesai dimasukkan ke dalam sistem.

20. Di hujung hari, bateri iPhone dan MacBook masih banyak (dalam 85% bagi MacBook), dan saya sangat terkejut kerana saya dapat bekerja tanpa risau dengan masalah bateri (Saya memulakan kerja dengan bateri 100% bagi kedua-dua peranti).

21. Trackpad (touchpad) MacBook yang lancar turut menyumbang kepada kecepatan memasukkan data, kerana untuk menekan beberapa butang, dengan menggunakan trackpad MacBook, ia menjadi laju dan pantas.

22. Magic Keyboard MacBook turut menyumbang kepada kelancaran menaip nombor-nombor.

23. Setelah selesai memasukkan data, saya hanya perlu menutup lid (penutup) MacBook tanpa perlu menekan apa-apa butang.

24. Untuk memulakan semula sesi, saya hanya perlu membuka lid MacBook dan terus menggunakan Safari.

25. Secara am, ia satu pengalaman yang lancar dan membuahkan hasil yang memuaskan.

26. Data dapat dimasukkan dengan cepat, murid yang tertinggal dapat dikesan secara terus, dan data yang ganjil dapat dikesan punca dań dibaiki jika perlu.

27. Selain itu, ia telah memudahkan guru-guru yang seharusnya perlu memasukkan sendiri data SEGAK kelas mereka.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

25 Oktober 2022

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...