Salam,
1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah ada untuk MacBook.
2.Sila ke https://shamela.ws/page/download dan pindah turun fail dmg di bawah “ماكينتوش”
3.Tekan dua klik serentak pada fail yang dipindah turun.
4.Seret ikon Maktabah Syamilah ke folder Applications.
5.Tunggu sehingga selesai install (dalam beberapa saat).
6.Guna sama ada Spotlight Search (ikon kanta pembesar di atas kanan), atau folder Apps (di bawah kiri), dan taip dalam bahasa `Arab “المكتبة الشاملة” (atau boleh juga taip mana-mana huruf `Arab seperti mim “م” sahaja)
7.Tekan pada ikon Maktabah Syamilah yang muncul di skrin.
8.Klik open.
9.Tunggu apps dibuka untuk pertama kali (akan ambil beberapa saat).
10.Mula pindah turun kitab-kitab, sama ada ikut keperluan, atau boleh juga semua kitab.
11.Lihat di atas kiri, ada kotak merah dengan nombor. Klik di situ.
12.Di kanan bawah, pilih “الجميع” untuk memindah turun semua kitab.
13.Boleh juga pilih “التصنيف” jika mahu pilih satu genre (jenis) kitab sahaja contohnya `Ulum Qur’an sahaja.
14.Di bahagian kanan bawah, klik pada “اختيار الأقسام المحددة” untuk pilih semua kitab bawah genre tersebut.
15.Setelah tahu kitab apa yang ingin dipindah turun (sama ada semua kitab, atau genre tertentu sahaja), tekan butang biru berbentuk segitiga mengarah ke nanan di sebelah kiri atas.
16.Tunggu kitab-kitab anda dipindah turun. Anda boleh melihat nombor di penjuru atas kiri dalam kotak merah akan mula berkurangan nilainya.
17.Jika seolah-olah MacBook anda kejang/ kejung (hang), jangan risau, sebab ada kitab yang besar. Sila tunggu dengan sabar.
18.Selamat menggunakan Maktabah Syamilah.
Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin
07 Mei 2026