Memaparkan catatan dengan label iPad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iPad. Papar semua catatan

Selasa, 14 Oktober 2025

Cara mencetak dari iPad dan iPhone

Salam,

1. iPad ialah peranti yang tidak boleh menginstall apps pencetak, tidak seperti MacBook.

2. Justeru, untuk mencetak dari iPad, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan.

3. Salah satu cara ialah dengan membeli dan menggunakan pencetak Epson. Pastikan pencetak itu mempunyai label Works with Apple AirPrint.

4. Kemudian, sila pindah turun apps Epson Smart Panel™ App ke dalam iPad, dan ke dalam iPhone.

5. Setelah itu, buka dokumen dengan iPad atau iPhone.

6. Tekan butang anak panah ke atas (butang Share with), dan tekan sekali lagi butang anak panah ke atas (Share with).

7. Tatar (skrol) ke bawah dan cari “Print with Epson”.

8. Pastikan iPad atau iPhone berada di dalam Internet atau wifi yang sama dengan pencetak.

9. Selamat mencetak menggunakan iPad dan iPhone.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

18 Jun 2025

Isnin, 9 Oktober 2023

Pengalaman: Mudahnya mengimbas teks dengan iPhone & iPad

1. Buka apps Notes.

2. Buka satu dokumen baharu.

3. Klik pada ikon kamera, pilih “Scan text”. Jika tiada pilihan ini (seperti iPhone 7 Plus yang saya guna), bolehlah ke kedai Apple yang berhampiran.

4. Satu tetingkap kecil akan dipaparkan.

5. Halakan telefon anda ke teks/ petikan yang ingin diimbas, pastikan ia masuk ke dalam tetingkap kecil tersebut.

6. Tekan “Insert” pada skrin.

7. Teks yang telah diimbas akan keluar dalam bentuk bertaip.

8. Anda boleh menghantar teks tersebut melalui WhatsApp/ Telegram/ e-mel dan sebagainya untuk digunakan semasa membuat modul/ soalan dan sebagainya.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

11 Mei 2022

Perkongsian: Kelebihan Menggunakan MacBook dan iPad dalam Menulis Surat

1. Saya dapati menggunakan MacBook Pro, lebih mudah untuk menulis surat disebabkan oleh beberapa faktor.

2. Pertama, penggunaan trackpad (= mousepad) yang memudahkan untuk menatal dokumen ke atas dan ke bawah.

3. Semasa menaip, mudah untuk menukar kepada paparan dokumen/ tetingkap lain, dengan menggunakan trackpad.

4. Mudah untuk membesarkan paparan dokumen atau mengecilkannya (zum ke dalam, zum ke luar) dengan menggunakan trackpad.

5. Dengan tambahan iPad, saya dapat membuka satu lagi dokumen sebagai paparan tambahan.

6. Di samping itu, saya boleh menyalin daripada dokumen di iPad dan menampal di MacBook dengan hanya mengawal dari trackpad di Macbook.

7. Setelah selesai surat, saya menandatangan di iPad menggunakan apps KeyNote, dan mengeksport gambar tandatangan itu ke MacBook menggunakan AirDrop.

8. Setelah selesai, saya mengeksport dokumen sebagai PDF dan menghantarnya ke Telegram.

9. Secara kesimpulan, menggunakan MacBook untuk menulis surat, sangat selesa dan mudah.

10. Lebih mudah jika diiringi dengan penggunaan iPad (berserta Apple Pencil).


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 Ogos 2022

Menulis eRPH dengan iPad

1. eRPH boleh ditulis dengan pelbagai cara dan gaya.

2. Di iPad, guru boleh menulis eRPH menggunakan Office 365 (sama ada Microsoft Office atau Microsoft Excel), Google Docs atau Google Sheets, atau menggunakan apps natif Apple yang percuma seperti Page atau Numbers.

3. Apps yang digunakan boleh jadi berbeza, tetapi, hasilnya biasanya dihantar dalam bentuk PDF.

4. Semua apps yang dinyatakan membolehkan pengguna menyimpan atau mengeksport hasil ke dalam bentuk PDF.

5. Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pengguna iPad dan berada di dalam ekosistem Apple (mempunyai peranti Apple lain seperti iPhone, atau MacBook), adalah berbaloi dan digalakkan untuk mencuba dan memahiri apps natif Apple seperti Page atau Numbers.

6. Ini disebabkan ia mempunyai kelebihan dan nilai tambah melebihi Office 365 atau apps Google, khusus untuk pengguna Apple.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

04 Oktober 2022

Kenapa saya perlu beli iPad, walaupun sudah ada iPhone dan MacBook?

1. iPad lebih kepada fungsi melukis, kerana ada Apple Pencil. Jadi, guru dapat melukis rajah, gambar, komik, dan lain-lain.

2. iPad ialah skrin sentuh yang besar. MacBook bukan skrin sentuh, manakala iPhone, skrinnya masih kecil. Jadi, dengan iPad, pelbagai apps yang melibatkan sentuhan dapat dioptimumkan penggunaan.

3. iPad bersaiz buku/ kertas, jadi ia lebih mudah dibawa, digunakan untuk membaca eBuku, eAkhbar, dan lain-lain, kerana skrin besar.

4. Mengajar dengan lebih wayarles. Jika dirangkaikan dengan Apple TV, sangat berguna semasa mengajar.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

06 Jun 2023

Tablet Biasa Lwn iPad - Yang mana berbaloi untuk beli?

Jawaban ikhlas (tidak bias), sudah tentu iPad.

1. Di mana nak lukis? iPad tidak perlu sebarang software tambahan, sudah ada KeyNote

2. Perlu beli apps? iPad tidak perlu. Pages, Numbers, KeyNote sudah ada untuk kerja harian.

3. Buat video? iPad sudah ada Clips dan iMovie, tidak perlu beli apa-apa.

4. Prestasi? iPad memang laju, dan tiada virus.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

14 September 2023

Ahad, 8 Oktober 2023

Apps untuk Membaca Al-Qur’an dengan iPad

Salam,

1. Terdapat banyak apps Al-Qur’an yang boleh digunakan untuk membaca menggunakan iPad.

2. Setiap pengguna hendaklah mencuba beberapa apps yang ada, dan kemudian memilih apps yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

3. Antara apps untuk membaca Al-Qur’an yang dicadangkan ialah:

A) QuranMajeed

Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-majeed-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B1%D8%A7%D9%86-%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%B1%D9%8A%D9%85/id365557665

Kelebihan:

1. Boleh memilih font Al-Qur’an sama ada Indopak, Mushaf Tajweed, Mushaf atau Uthmanic.

3. Font boleh dibesarkan sebesar-besarnya, jadi sesuai untuk pengguna yang rabun atau berusia lanjut.

4. Mempunyai statistik masa anda bersama Al-Qur’an dalam seminggu.

5. Mempunyai audio pelbagai Qari yang boleh dipindah turun.

6. Audio boleh diulang mengikut ayat, muka surat, surah dan sebagainya, untuk tujuan hafazan.

7. Mempunyai terjemahan pelbagai bahasa.

8. Mempunyai pelbagai koleksi tafsir.

9. Boleh menukar tema -iaitu warna muka surat- mengikut kesesuaian.

10. Dilengkapi dengan waktu salat, azan, dan pelbagai lagi.

11. Versi berbayar berharga RM 69.90, dan ia adalah berbaloi.

B) Quran Hafs by KFGQPC

Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-hafs-by-kfgqpc/id1616321992

Kelebihan:

1. Mushaf Madinah, sama seperti yang Qur’an bercetak.

2. Percuma

Kekurangan:

1. Antara muka bahasa `Arab.

C) Quran Warsh by KFGQPC

Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-warsh-by-kfgqpc/id1603047183

Kelebihan:

1. Mushaf dengan qira'at Warsy.

2. Percuma.

D) Boleh dicari sendiri menggunakan kata kunci: “Quran”.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

24 Jun 2023

Cara menyimpan gambar dalam Google Photos daripada iPhone dan iPad

Salam,

1. Klik pada ikon Google Photos pada iPhone atau iPad.

2. Klik pada muka sendiri (atau singkatan nama) di penjuru atas kanan.

3. Pastikan anda sudah log masuk ke akaun DELIMa @moe-dl.edu.my di iPhone atau iPad anda.

4. Klik Google Photos settings (gambar roda).

5. Klik pada Backup, pastikan ia sudah diaktifkan (berwarna biru).

6. Klik pada Backup, pilih Backup account sebagai @moe-dl.edu.my.

7. Klik pada Backup quality, pilih Original quality (no change to quality).

8. Patah balik ke Settings, klik Group similar faces.

9. Klik pada Face grouping, pastikan ia sudah diaktifkan (berwarna biru).

10. Patah balik ke Settings, klik Back.

11. Klik semula muka sendiri (atau singkatan nama) di penjuru atas kanan.

12. Tukar akaun kepada akaun DELIMa @moe-dl.edu.my (anda mungkin perlu menekan butang ke bawah di sebelah kanan).

13. Gambar dari iPhone atau iPad anda akan dimuat naik ke awan, ke dalam Google Photos apabila anda membuka Google Photos.

14. Untuk memadam gambar daripada iPhone atau iPad, tekan gambar muka sendiri (atau singkatan nama) di penjuru atas kanan, pilih XXX items to delete from this device.

15. Semua gambar itu selamat dipadam kerana sudah disimpan di awan.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

20 Julai 2023

Nak video tadi?

Salam,

1. Saya menghadiri program MyDigitalMaker di mana terdapat pelbagai pameran teknologi pendidikan, robotik dan inovasi.

2. Terdapat satu reruai yang menawarkan peluang mengambil gambar secara 360 darjah, dan ia sangat menarik!

3. Peserta diminta berdiri di satu titik, kemudian satu kamera akan mengelilingi peserta itu seperti satelit sambil mengambil video dalam jangkamasa dua kali putaran.

4. Setelah itu, video yang terhasil dipaparkan di skrin, dan turut dipancarkan di sebuah panel yang lebih besar.

5. Ketika itu, saya terdetik untuk meminta salinan video tadi, dan pempamer itu terus bertanya, “Telefon jenis apa?”.

6. Saya menjawab “iPhone”, dan dengan segera pempamer itu menggunakan AirDrop untuk menghantar video tadi ke telefon saya.

7. Dan dengan tanpa sebarang kesusahan, dalam beberapa saat, saya sudah dapat memiliki video tersebut.

Kesimpulan

1. Penggunaan iPad/ iPhone untuk mengambil gambar dan video merupakan satu perkara yang memudahkan, terutama apabila berurusan dengan pelanggan/ pengunjung yang tidak dikenali.

2. Secara am, biasanya, kita perlu mengetahui sama ada nombor telefon, jika mahu menghantar melalui WhatsApp (dan setara), atau nama pengguna apabila mahu menghantar melalui Telegram (dan setara), dan perlu menaip maklumat tersebut apabila ingin berurusan dengan pihak lain.

3. Dalam beberapa keadaan, kita terpaksa menyimpan dahulu maklumat sama ada nombor telefon atau nama pengguna itu, walaupun kita tahu yang ia hanya akan digunakan sekali sahaja, dan tidak akan berulang untuk kali kedua.

4. Namun, penggunaan iPad/ iPhone memudahkan kerana dengan fungsi AirDrop, fail (sebarang jenis) boleh dihantar kepada peranti iPad/ iPhone/ MacBook yang berhampiran, dengan hanya memilih nama peranti yang akan dipaparkan di skrin secara automatik.

5. Penghantaran dan pemindahan fail tersebut tidak memerlukan internet, justeru ia boleh digunakan di sebarang tempat walaupun di pedalaman atau ceruk rantau.

6. Penghantaran dan pemindahan fail berlaku dengan sangat pantas, justeru proses keseluruhan hanya memakan masa beberapa saat, dan selesai dengan cepat, sekali gus menjimatkan masa dan sumber.

7. Setelah selesai penghantaran/ pemindahan, pemilik peranti boleh memilih untuk menutup AirDrop masing-masing, jika perlu.

8. Teknologi AirDrop sangat berguna dalam penghantaran dan pemindahan fail, dan ia merupakan kelebihan besar bagi pengguna iPhone, iPad dan MacBook.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

08 Oktober 2023

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...