Selasa, 7 April 2026

Bertukar Peranti (iPhone)?

Salam,

1. Ramai yang mula untuk bertukar peranti, jadi ini adalah antara panduan yang mungkin berguna.

2. Semasa mengambil peranti baharu, untuk ke kedai/ kompleks membeli-belah atau untuk masuk parking, pastikan tidak masuk dengan kad yang ada di dalam iPhone (dalam Wallet), sebaliknya gunakan kad manual.

3. Ini kerana kad yang ada di dalam iPhone (Wallet) adalah unik, dan tidak sama dengan kad fizikal, jadi kalau bertukar telefon, akan dianggap kad hilang, dan menyusahkan diri.

4. Semasa memindah maklumat dari iPhone lama ke iPhone baharu, sebelum padam data di iPhone lama, pastikan anda mengakses SEMUA akaun bank/ kewangan anda dengan iPhone baharu dahulu.

5. Ada sebahagian bank yang memerlukan pengesahan daripada telefon lama, contohnya “deregister device” nyahdaftar peranti, atau perlukan kod dari telefon lama.

6. Ada juga yang perlu pergi ke bank untuk pengesahan, jadi ia akan menjadi sedikit huru-hara jika anda memang bergantung untuk membuat pembayaran secara dalam talian, QR, atau pindahan bank.

7. Sediakan wang tunai yang mencukupi, sebelum masalah berlaku disebabkan tidak dapat akses kepada perbankan dalam talian.

8. Pastikan anda telah menyimpan semua kata laluan anda secara bertulis atau bertaip di peranti ketiga, kerana apabila anda mula menggunakan peranti baharu, semua apps perlu log masuk semula.

9. Ada sebahagian apps yang autopindah data log masuk, namun untuk akses ke e-mel, Gmail, atau Google masih perlukan kata laluan.

10. Untuk pengguna RFID atau apps yang menggunakan fungsi autotambah wang, pastikan baki anda setiap kali menggunakan tol atau pembayaran dengan apps itu, kerana mungkin fungsi autotambah terbatal.

11. Anda tentu tidak mahu tersangkut di tol, kemudian tiba-tiba gelabah kerana tidak tahu apa masalah, terpaksa undur kereta ke tepi, dan apabila tarikh nafas semula, semak baki, tiba-tiba baki tidak mencukupi, dan kena fikir semula bagaimana nak tambah baki serta-merta ketika itu..

12. Ringkasnya, apabila anda ingin bertukar peranti, sila bersiap sedia dengan beberapa perkara kecil yang mungkin menyusahkan hidup anda dalam sehari, seminggu, atau sebulan yang pertama.

13. Sentiasa semak apps dan segala yang berkaitan dengan pembayaran dan kewangan anda, di samping bergembira dengan peranti baharu.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

19 September 2025

Crown Apple Watch tidak selesa?

Salam,

1. Apabila memakai Apple Watch, ada sebahagian pengguna yang menghadapi masalah crown Apple Watch selalu berlaga atau ditekan secara tidak sengaja oleh belakang tapak tangan, terutama apabila tapak tangan melipat ke atas.

2. Jadi ada beberapa penyelesaian, antaranya ialah menukar tangan memakai jam, tetapi cara ini tidak seronok, kerana kelaziman sudah berubah, atau menterbalikkan jam supaya crown Apple Watch menghala ke lengan dan bukan ke tapak tangan.

3. Cara yang kedua ini, menimbulkan satu lagi masalah, bolehkah muka jam dipusing, supaya apabila tangan diangkat, teks menghadap mata, bukan membelakangkan mata.

4. Sebenarnya, Apple Watch ada fungsi kawalan untuk ini, jadi anda tidak perlu menukar tangan yang memakai jam.

5. Langkah pertama, terbalikkan jam supaya crown menghadap ke lengan, jadi perlu tanggalkan tali jam (stripe) dan tukar kedudukan atas bawah.

6. Seterusnya, buka iPhone > Watch dan pilih General.

7. Klik pada Watch Orientation dan di sini ada dua set pilihan.

8. Pilihan pertama ialah di tangan mana Apple Watch dipakai, jadi tidak perlu usik bahagian ini.

9. Pilihan kedua ialah arah crown, jadi pilih Digital Crown on Left Side, jika memakai jam di tangan kiri, atau pilih Digital Crown on Right Side, jika memakai jam di tangan kanan.

10. Arah muka jam akan berubah menjadi natural dengan mata anda.

11. Perbezaan nyata ialah kedudukan crown yang sudah berubah dari menghadap tapak tangan, berubah menghadap lengan.

12. Begitu juga kedudukan crown, kalau sebelum ini di bahagian kanan atas (jika memakai di tangan kiri), kini sudah berubah ke bahagian kiri bawah.

13. Jadi, anda perlu mengubah cara anda menekan crown untuk pembayaran Apple Pay dan fungsi lain, antara menekan dengan ibu jari dengan jari telunjuk, serta menyesuaikan kedudukan baharu crown semasa menekan iaitu di atas dengan di bawah.

14. Selamat mencuba.

Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

13 Februari 2026

Penggunaan WhatsApp dan Telegram

Salam,

1. Dalam dalam digital sekarang, penyaluran maklumat biasanya disampaikan melalui 2 medium iaitu WhatsApp dan/atau Telegram.

2. Justeru, suka atau tidak, guru perlu mempunyai akaun dan apps bagi kedua-dua WhatsApp dan Telegram.

3. Seterusnya, guru perlu menyemak dan membaca mesej berkaitan yang dihantar dalam grup atau secara terus melalui WhatsApp dan Telegram.

4. Tidak peka atau tidak cakna dengan mesej yang disampaikan melalui WhatsApp dan/atau Telegram menunjukkan sikap guru yang tidak peka, tidak mengambil endah, sekali gus menunjukkan guru kurang akauntability dan rasa tanggungjawab.

5. Selari dengan Dasar Pendidikan Digital, guru perlu mengambil maklum dengan perubahan medium interaksi daripada surat/ bersemuka kepada e-mel/ mesej melalui media sosial, agar tidak tertinggal makluman dan arahan.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

07 April 2026

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...