Memaparkan catatan dengan label MacBook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MacBook. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mei 2026

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam,

1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah ada untuk MacBook.

2.Sila ke https://shamela.ws/page/download dan pindah turun fail dmg di bawah “ماكينتوش”

3.Tekan dua klik serentak pada fail yang dipindah turun.

4.Seret ikon Maktabah Syamilah ke folder Applications.

5.Tunggu sehingga selesai install (dalam beberapa saat).

6.Guna sama ada Spotlight Search (ikon kanta pembesar di atas kanan), atau folder Apps (di bawah kiri), dan taip dalam bahasa `Arab “المكتبة الشاملة” (atau boleh juga taip mana-mana huruf `Arab seperti mim “م” sahaja)

7.Tekan pada ikon Maktabah Syamilah yang muncul di skrin.

8.Klik open.

9.Tunggu apps dibuka untuk pertama kali (akan ambil beberapa saat).

10.Mula pindah turun kitab-kitab, sama ada ikut keperluan, atau boleh juga semua kitab.

11.Lihat di atas kiri, ada kotak merah dengan nombor. Klik di situ.

12.Di kanan bawah, pilih “الجميع” untuk memindah turun semua kitab.

13.Boleh juga pilih “التصنيف” jika mahu pilih satu genre (jenis) kitab sahaja contohnya `Ulum Qur’an sahaja.

14.Di bahagian kanan bawah, klik pada “اختيار الأقسام المحددة” untuk pilih semua kitab bawah genre tersebut.

15.Setelah tahu kitab apa yang ingin dipindah turun (sama ada semua kitab, atau genre tertentu sahaja), tekan butang biru berbentuk segitiga mengarah ke nanan di sebelah kiri atas.

16.Tunggu kitab-kitab anda dipindah turun. Anda boleh melihat nombor di penjuru atas kiri dalam kotak merah akan mula berkurangan nilainya.

17.Jika seolah-olah MacBook anda kejang/ kejung (hang), jangan risau, sebab ada kitab yang besar. Sila tunggu dengan sabar.

18.Selamat menggunakan Maktabah Syamilah.

Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin

07 Mei 2026

Khamis, 31 Oktober 2024

Mahu Tukar MacBook Baharu?

Salam,

1. Pengenalan cip M4 dan keluarganya sangat mengujakan untuk kita menukar MacBook sedia ada kepada yang baharu.

2. Langkah pertama sebelum berfikir apa-apa, ialah dapatkan harga semasa bagi MacBook sedia ada.

3. Caranya, dengan menggunakan iPhone, buka apps Apple Store.

4. Sila pastikan bahawa apps ini bukan App Store, sebaliknya Apple Store.

5. Di penjuru kanan atas, tekan pada muka atau profil sendiri.

6. Pilih Devices, dan semua peranti Apple anda akan terpapar di sini.

7. Klik pada MacBook anda, lihat terus ke bahagian About this device.

8. Di bahagian bawahnya, terdapat dua item, iaitu Order date, dan Estimated Trade-in Value.

9. Baca nilai yang tertera, contohnya Up to RM 2850, yang bermaksud, harga maksimum untuk jualan semula kepada pihak Apple ialah RM 2850.

10. Anda boleh patah balik kepada devices, dan lihat pada item lain yang ada.

11. Jika anda sudah lihat harga peranti anda, dan anda mampu untuk membayar harga tambahan bagi mana-mana MacBook baharu, atau peranti baharu, maka silakan buat tempahan.

12. Jika tidak, maka selesai urusan anda di sini, dan kumpullah duit atau kad kredit untuk pembelian akan datang.

13. Perlu diketahui bahawa harga akan susut dengan peredaran masa, iaitu semakin lama, harga jualan balik peranti anda akan menurun.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin

31 Oktober 2024

Isnin, 9 Oktober 2023

Perkongsian: Kelebihan Menggunakan MacBook dan iPad dalam Menulis Surat

1. Saya dapati menggunakan MacBook Pro, lebih mudah untuk menulis surat disebabkan oleh beberapa faktor.

2. Pertama, penggunaan trackpad (= mousepad) yang memudahkan untuk menatal dokumen ke atas dan ke bawah.

3. Semasa menaip, mudah untuk menukar kepada paparan dokumen/ tetingkap lain, dengan menggunakan trackpad.

4. Mudah untuk membesarkan paparan dokumen atau mengecilkannya (zum ke dalam, zum ke luar) dengan menggunakan trackpad.

5. Dengan tambahan iPad, saya dapat membuka satu lagi dokumen sebagai paparan tambahan.

6. Di samping itu, saya boleh menyalin daripada dokumen di iPad dan menampal di MacBook dengan hanya mengawal dari trackpad di Macbook.

7. Setelah selesai surat, saya menandatangan di iPad menggunakan apps KeyNote, dan mengeksport gambar tandatangan itu ke MacBook menggunakan AirDrop.

8. Setelah selesai, saya mengeksport dokumen sebagai PDF dan menghantarnya ke Telegram.

9. Secara kesimpulan, menggunakan MacBook untuk menulis surat, sangat selesa dan mudah.

10. Lebih mudah jika diiringi dengan penggunaan iPad (berserta Apple Pencil).


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 Ogos 2022

Pengalaman Memasukkan Data SEGAK ke dalam sistem dengan MacBook dan iPhone

1. Saya mencadangkan kepada sekolah saya, SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor untuk terus memasukkan data SEGAK ke dalam sistem apabila murid-murid melaksanakan SEGAK secara karnival, dan cadangan saya diterima, al-hamdu liLlah.

2. Saya menggunakan MacBook Pro 13” 2022 untuk memasukkan data, dan iPhone sebagai sumber Wi-Fi.

3. Apabila murid melaksanakan SEGAK, mereka menuliskan data mereka pada kertas transit, dan di akhir sesi, mereka menyerahkan kertas transit itu kepada saya yang merupakan jurutaip data.

4. Karnival ini dilaksanakan selama empat hari, dengan hari pertama lapan kelas, hari kedua lapan kelas, hari ketiga enam kelas, dan hari keempat sebanyak enam kelas.

5. Jumlah murid setiap kelas adalah antara 35 hingga 40 orang.

6. Dengan talian Maxis unlimited, saya membuka MacBook dan melayari https://pajsk.moe.gov.my

7. Setelah memangkah pengumuman dan menekan pada bahagian Menengah: Sekolah, saya memasukkan ID kod sekolah dan kata laluan pada kali pertama sahaja.

8. Pada kali berikutnya, saya hanya menggunakan Touch ID (cap jari) untuk menggunakan data ID kod sekolah dan kata laluan yang telah disimpan.

9. Saya pergi ke tab SEGAK di sebelah kiri, dan memulakan tugas dengan memilih tingkatan dan kelas, kemudian menekan “Cari”.

10. Apabila kertas transit sampai ke meja saya, saya mencari nama murid, dan menaipkan data berat dan tinggi.

11. Langkah ini sangat mudah, kerana saya hanya perlu menaip nombor (contohnya 54), menekan “tab”, dan menaip satu lagi nombor (contohnya 155).

12. Berikutnya, saya menekan “tab” sebanyak dua kali, dan menekan “return”, untuk memilih tarikh hari semasa, dan menekan “tab” sekali lagi.

13. Seterusnya, saya menaip empat lagi nombor, setiap satu diikuti dengan “tab”, dan diakhiri dengan “tab” juga.

14. Saya teruskan dengan menekan butang “simpan”, diikuti dengan butang “kembali”.

15. Kini saya bersedia untuk memilih nama murid kedua, dan mengulang semula langkah di atas.

16. Antara kelebihan menggunakan persekitaran Apple ialah Internet yang laju daripada iPhone.

17. Memulakan Internet sangat mudah, sama ada daripada iPhone, atau daripada MacBook, dan talian adalah stabil.

18. Untuk memasukkan data bagi lapan kelas (darab 35 murid, hampir 280 orang murid), masa yang digunakan sangat pantas.

19. Justeru, apabila habis sesi SEGAK pada hari pertama, selepas 15 hingga 20 minit, data SEGAK hari pertama selesai dimasukkan ke dalam sistem.

20. Di hujung hari, bateri iPhone dan MacBook masih banyak (dalam 85% bagi MacBook), dan saya sangat terkejut kerana saya dapat bekerja tanpa risau dengan masalah bateri (Saya memulakan kerja dengan bateri 100% bagi kedua-dua peranti).

21. Trackpad (touchpad) MacBook yang lancar turut menyumbang kepada kecepatan memasukkan data, kerana untuk menekan beberapa butang, dengan menggunakan trackpad MacBook, ia menjadi laju dan pantas.

22. Magic Keyboard MacBook turut menyumbang kepada kelancaran menaip nombor-nombor.

23. Setelah selesai memasukkan data, saya hanya perlu menutup lid (penutup) MacBook tanpa perlu menekan apa-apa butang.

24. Untuk memulakan semula sesi, saya hanya perlu membuka lid MacBook dan terus menggunakan Safari.

25. Secara am, ia satu pengalaman yang lancar dan membuahkan hasil yang memuaskan.

26. Data dapat dimasukkan dengan cepat, murid yang tertinggal dapat dikesan secara terus, dan data yang ganjil dapat dikesan punca dań dibaiki jika perlu.

27. Selain itu, ia telah memudahkan guru-guru yang seharusnya perlu memasukkan sendiri data SEGAK kelas mereka.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

25 Oktober 2022

Mari Cuba (iPhone + MacBook + WhatsApp)

1. Mari cuba pengalaman ini, menggunakan MacBook untuk membuat panggilan video.

2. Seterusnya, gunakan iPhone sebagai kamera.

3. Dengan cubaan ini, anda boleh melihat wajah teman/ keluarga anda di skrin besar, sambil menunjukkan pelbagai perkara dengan menggunakan iPhone sebagai kamera yang bergerak-gerak.

4. Dalam cubaan saya, saya menunjukkan hasil kerja anak saya kepada isteri, jadi isteri melihat bagaimana anak melakukan kerja seninya bersama plastisin.

5. Jadi, saya dapat melihat paparan isteri dengan jelas, tanpa terganggu, dan dapat menunjukkan pelbagai perkara di sekitar saya.

6. Ini ialah ciri Continuity Camera yang terdapat pada iOS 16 dan MacOS Ventura.

7. Pengguna ada pilihan untuk menggunakan sebarang tripod/ pemegang telefon, jika mahukan kamera iPhone digunakan secara statik pada satu-satu posisi sahaja.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

01 November 2022

Perkongsian: Berjaya cetak PDF depan-belakang (secara manual) dengan Canon G2000 menggunakan Macbook Pro

Salam,

1. Ada kalanya, kita perlu mencetak depan belakang, contohnya dokumen atau buku.

2. Ada pilihan untuk mencetak di sebelah halaman sahaja, justeru menebalkan buku atau hasil cetakan.

3. Pilihan lain ialah mencetak depan belakang menggunakan fungsi seperti berikut:

4. Pilih satu PDF dan pilih Print, range 1-10 (untuk latihan dan tunjuk cara).

5. Mula-mula, perlu cetak halaman 1, 3, 5, 7, 9.

6. Kemudian, cetak halaman 2, 4, 6, 8, 10.

7. Untuk mencetak ini, di bahagian “Paper handling”, pilih “Sheets to print”: Odd only.

8. Ini diikuti dengan “Sheet order”: Normal.

9. Setelah mencetak, letakkan semula kertas di tray bagi mencetak bahagian belakang.

10. Untuk mencetak ini, di bahagian “Paper handling”, pilih “Sheets to print”: Even only.

11. Ini diikuti dengan “Sheet order”: Normal.

12. Dengan cara ini, anda telah dapat mencetak depan-belakang dengan jayanya.

13. Selamat mencuba.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

15 Februari 2023

Kenapa saya perlu beli iPad, walaupun sudah ada iPhone dan MacBook?

1. iPad lebih kepada fungsi melukis, kerana ada Apple Pencil. Jadi, guru dapat melukis rajah, gambar, komik, dan lain-lain.

2. iPad ialah skrin sentuh yang besar. MacBook bukan skrin sentuh, manakala iPhone, skrinnya masih kecil. Jadi, dengan iPad, pelbagai apps yang melibatkan sentuhan dapat dioptimumkan penggunaan.

3. iPad bersaiz buku/ kertas, jadi ia lebih mudah dibawa, digunakan untuk membaca eBuku, eAkhbar, dan lain-lain, kerana skrin besar.

4. Mengajar dengan lebih wayarles. Jika dirangkaikan dengan Apple TV, sangat berguna semasa mengajar.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

06 Jun 2023

Menukar format fail PDF ke JPEG dengan MacBook

Salam,

1. Ramai antara kita menggunakan fail format PDF, yang dibuka dengan MacBook, tetapi kemudian perlu menukarnya kepada format JPEG.

2. Buka fail PDF secara natif (bukan dengan apps lain yang dipindah turun).

3. Pergi ke File > Export…

4. Pergi ke Format dan pilih JPEG.

5. Ubah resolusi (resolution) jika perlu.

6. Ubah di mana ia hendak disimpan pada Where. Pilih lokasi.

7. Tekan simpan (Save).

8. Selesai.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

01 Ogos 2023

Ahad, 8 Oktober 2023

Menukar format fail PDF ke JPEG dengan MacBook

Salam,

1. Ramai antara kita menggunakan fail format PDF, yang dibuka dengan MacBook, tetapi kemudian perlu menukarnya kepada format JPEG.

2. Buka fail PDF secara natif (bukan dengan apps lain yang dipindah turun).

3. Pergi ke File > Export…

4. Pergi ke Format dan pilih JPEG.

5. Ubah resolusi (resolution) jika perlu.

6. Ubah di mana ia hendak disimpan pada Where. Pilih lokasi.

7. Tekan simpan (Save).

8. Selesai.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

1 Ogos 2023

Mencipta Kod QR dengan sekali tekan di Safari

Salam,

1. Google Chrome mempunyai fungsi untuk menghasilkan kod QR dan ia menjimatkan masa banyak pengguna terutama yang memerlukan penghasilan kod QR dengan cepat.

2. Ciri ini belum ada di Safari, justeru, ia agak mengecewakan kerana terpaksa menggunakan jalan jauh untuk menghasilkan kod QR.

3. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa apps yang boleh dipindah turun dari App Store bagi memudahkan pengguna Safari, dengan menaip kata kunci “QR Code”.

4. Ada banyak apps telah dibina, sebahagian percuma, dan sebahagian berbayar, dan pengguna boleh memilih apps kesukaan masing-masing.

5. Secara peribadi, saya menggunakan apps Kuar, yang boleh dipindah turun secara percuma dari:

https://apps.apple.com/my/app/kuar-qr-code-generator/id1553562554?mt=12

6. Kelebihan apps Kuar ini ialah ia boleh disetkan agar berada di dalam Safari, di sebelah alamat laman web.

7. Dengan sekali tekan pada ikon kod QR, kod QR akan terus dijana serta-merta, dan pengguna boleh memilih sama ada untuk menyimpannya, atau menyalinnya (copy), untuk ditampal di mana-mana.

8. Setakat ini, kod QR dihasilkan dalam format PNG dan SVG sahaja.

9. Bagi pengguna mahir, mereka boleh mengkonfigurasi (menentukan) dengan menekan butang Setting.

10. Dengan menekan butang Setting, ada fungsi tetapan saiz, gaya, dan alamat laman web.

11. Setelah dipindah turun, pengguna perlu ke Extensions dan mengaktifkan Extension Kuar ini.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

04 Oktober 2023

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...