Memaparkan catatan dengan label Apple Music. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apple Music. Papar semua catatan

Isnin, 9 Oktober 2023

Mendengar Al-Qur’an dengan Apple Music dan di dalam kereta

Salam,

1. Apple mempunyai satu apps iaitu Apple Music yang merupakan apps berbayar.

2. Untuk langganan individu, ia ialah RM 16.90 sebulan. Untuk keluarga (sehingga 6 orang), ia RM 25.90 sebulan. Untuk mahasiswa Universiti, ia berharga RM 8.90 sebulan (percuma Apple TV+).

3. Ia juga termasuk dalam langganan Apple One berharga RM 29.90 sebulan untuk individu, sebagai pakej dengan Apple iCloud+ 50Gb, Apple TV+, Apple Music dan Apple Arcade.

4. Secara am, Apple Music berguna kepada mereka yang ingin mendengar musik dari seluruh dunia.

5. Walau bagaimanapun, bagi yang muslim, Apple Music juga dapat digunakan untuk mendengar bahan Islam seperti Al-Qur’an, takbir raya, zikir dan lain-lain.


6. Untuk mendengar Al-Qur’an, buka Apple Music, pergi ke ruang carian “Search”, dan taip kata kunci seperti, “quran”, “coran”, “القرآن”.

7. Pilih mana-mana album atau Qari yang disukai, dan dengarlah sebanyak mana yang anda mahu dan mampu.


8. Untuk mendengar takbir raya, taip kata kunci seperti, “تكبيرات العيد”, “takbir raya”, “eid takbeer”.

9. Pilih mana-mana lagu (Song) yang diingini, tekan titik tiga, dan tambah ke dalam Playlist untuk mendengar berulang kali.


10. Menariknya, dengan Apple Music, Al-Qur’an atau takbir yang didengar, boleh turut didengar di dalam kereta dengan menggunakan Bluetooth dengan hanya dua sentuhan.

11. Apabila kereta dihidupkan, radio kereta (Android radio) akan mula dihidupkan.

12. Langkah pertama adalah dengan membuat pairing antara iPhone dengan radio kereta.

13. Setelah itu, setiap kali kereta dihidupkan, anda hanya perlu tekan Apple Music di iPhone, dan tekan play.

14. Lagu akan dimainkan dengan sistem audio kereta.

15. Langkah alternatif ialah menekan butang Bluetooth di kereta, dan tekan butang Bluetooth Music (gambar gagang dan not muzik).

16. Audio akan terus dimainkan di sistem audio kereta dari lagu terakhir anda berhenti.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

31 Mei 2023

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...