Selasa, 14 Oktober 2025

Di mana mahu bermain dengan Image Creation?

Salam,

1. Image Creation dalam Apple Intelligence merupakan satu ciri yang mesti dicuba!

2. Setelah memindah turun iOS 18.2, atau iPadOS 18.2, atau MacOS Sequoia 15.2 (24C101), anda perlu mengemas kini Apple Intelligence & Siri.

3. Selepas itu, anda perlu setup Image Creation, dan dapat bermain-main untuk kali pertama.

4. Setelah itu, jika mahu bermain atau menggunakannya lagi, anda boleh mencari fungsi ini, dengan mencari (dengan mata) ikon Playground, atau mencari (dengan search) dengan menaip “Playground” di ruangan search.

5. Selamat mencuba.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

12 Disember 2024

Serabut mahu cari Telegram mana yang belum dibaca?

Salam,

1. Apabila banyak grup dan mesej digunakan dalam Telegram, ia boleh menyebabkan pengguna menjadi serabut bagaimana untuk membaca kesemua mesej tersebut.

2. Sebenarnya, Telegram mempunyai satu fungsi “UNREAD”, yang memudahkan pengguna membaca semua mesej yang belum dibaca di bawah satu tab “UNREAD”.

3. Sila buka apps Telegram, pergi ke Settings, dan cari Chat Folders, klik pada Chat Folders.

4. Pengguna akan nampak satu tulisan “Unread”, klik dan tekan “Save”.

5. Pengguna juga dapat mencipta Folder/ Tab sendiri, dengan menekan “Create a Folder”.

6. Namakan folder mengikut kesesuaian, contohnya SEKOLAH.

7. Tekan pada “+ Add Chats” dan pilih grup atau mesej yang berkaitan dengan sekolah.

8. Tekan “Create” untuk menyimpan tetapan.

9. Jika perlu, pengguna boleh mencipta beberapa Folder/ Tab mengikut keperluan masing-masing, dan menambah grup atau mesej di bawah Folder/ Tab tersebut menggunakan “+Add Chats” dan “Create”.

10. Jika perlu menyusun kedudukan Folder/ Tab tersebut, patah balik ke Chat Folders, tekan Chat Folders.

11. Tekan “Edit” di penjuru atas kanan.

12. Tekan garis tiga di hujung Folder dan gerakkan folder Unread, serta folder yang penting ke atas.

13. Tekan “Done”.

14. Apabila guru melihat semula Chats di Telegram, guru akan mendapati bahawa terdapat Folder/ Tab sudah ada di bahagian atas.

15. Jika perlu, guru boleh menambah Folder/ Tab lagi, atau menambah/ membuang mana-mana grup/ mesej ke dalam/ dari Folder pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

20 Februari 2025

Cara pasang Apple TV ke LCD Projector

Salam,

1. Keluarkan Apple TV dari kotak. Pastikan ada wayar power, dan satu TAMBAHAN wayar HDMI.

2. Cucuk wayar power ke kotak Apple TV, hujung satu lagi cucuk ke palam (plug) elektrik.

3. Cucuk wayar HDMI ke kotak Apple TV, hujung satu lagi cucuk ke LCD Projector.

4. Hidupkan suis utama, dan tekan butang “hidupkan” (on) pada pengawal (remote) Apple TV. Boleh juga hidupkan melalui iPhone atau Apple Watch, atau bercakap kepada Siri.

* Untuk penggunaan kali pertama, perlu setting Apple TV dengan iPad atau iPhone dahulu.

5. Hidupkan projector. Pilih sumber (source) = HDMI.

6. Buka iPad. Seret dari atas ke tengah iPad sehingga keluar butang kawalan (Control Button). Sama juga jika menggunakan iPhone atau MacBook.

7. Tekan butang “Screen Mirroring” (dua kotak empat segi yang bertindih).

8. Pilih nama Apple TV.

9. Selamat menggunakan iPad/ iPhone/ MacBook dengan Apple TV.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 April 2025

Cara mencetak dari iPad dan iPhone

Salam,

1. iPad ialah peranti yang tidak boleh menginstall apps pencetak, tidak seperti MacBook.

2. Justeru, untuk mencetak dari iPad, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan.

3. Salah satu cara ialah dengan membeli dan menggunakan pencetak Epson. Pastikan pencetak itu mempunyai label Works with Apple AirPrint.

4. Kemudian, sila pindah turun apps Epson Smart Panel™ App ke dalam iPad, dan ke dalam iPhone.

5. Setelah itu, buka dokumen dengan iPad atau iPhone.

6. Tekan butang anak panah ke atas (butang Share with), dan tekan sekali lagi butang anak panah ke atas (Share with).

7. Tatar (skrol) ke bawah dan cari “Print with Epson”.

8. Pastikan iPad atau iPhone berada di dalam Internet atau wifi yang sama dengan pencetak.

9. Selamat mencetak menggunakan iPad dan iPhone.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

18 Jun 2025

Tips untuk guru beli laptop baharu (tahun 2025 dan seterusnya)

Salam,

1. Untuk dapat hidup dan relevan dalam zaman AI, guru-guru yang ingin membeli laptop baharu perlu melihat satu aspek baharu pada processor laptop.

2. Laptop yang mesra AI ialah laptop yang mempunyai NPU (neural processing unit) dengan kapasiti sekurang-kurangnya 40 TOPS (Tera Operations Per Second).

3. Laptop sebelum tahun 2025 kebanyakannya tidak mesra AI kerana kapasiti TOPS yang rendah, atau langsung tiada NPU.

4. Sebagai panduan, laptop tersebut akan dilabel sebagai AI PC, AI laptop atau AI Copilot+ PC yang menandakan processor mempunyai NPU, namun, perlu disemak berapa nilai TOPS laptop itu, dan ia perlu lebih daripada 40 TOPS.

5. Nilai yang kurang daripada 40 TOPS akan menyebabkan laptop itu tidak mesra AI yang semakin berkembang.

6. Laptop dengan NPU berkapasiti 40 TOPS ini berharga tidak kurang daripada RM 6000 (Julai 2025), justeru, guru perlu merancang kewangan untuk membeli laptop mesra masa depan.

7. Bagi Macbook, TOPS yang setara ialah yang mempunyai processor M4.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

12 Julai 2025

iPhone boleh tangkap layar (screenshot) artikel yang panjang

Salam,

1. Pengguna iPhone boleh menggunakan fungsi tangkap layar (screenshot) untuk menangkap gambar artikel yang panjang, contohnya artikel surat khabar.

2. Sila buka Safari, dan bukalah mana-mana laman surat khabar, Wikipedia, atau artikel yang panjang.

3. Tekan serentak butang sisi (di kanan iPhone) dan butang kuatkan suara (di kiri iPhone), untuk menangkap layar. Tangkap layar itu akan dipaparkan di bahagian kiri bawah iPhone.

4. Sila tekan paparan tangkap layar kecil itu, dan di bahagian atas, akan ada tab iaitu Screen dan Full Page.

5. Pilih Full Page, dan tekan Done.

6. Pengguna boleh memilih untuk menyimpan tangkap layar sebagai gambar (foto), atau sebagai PDF.

7. Kini, anda boleh menghantar artikel penuh kepada murid, rakan atau ahli keluarga dengan satu tangkap layar sahaja.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

27 Ogos 2025

Bertukar Peranti (iPhone)?

Salam,

1. Ramai yang mula untuk bertukar peranti, jadi ini adalah antara panduan yang mungkin berguna.

2. Semasa mengambil peranti baharu, untuk ke kedai/ kompleks membeli-belah atau untuk masuk parking, pastikan tidak masuk dengan kad yang ada di dalam iPhone (dalam Wallet), sebaliknya gunakan kad manual.

3. Ini kerana kad yang ada di dalam iPhone (Wallet) adalah unik, dan tidak sama dengan kad fizikal, jadi kalau bertukar telefon, akan dianggap kad hilang, dan menyusahkan diri.

4. Semasa memindah maklumat dari iPhone lama ke iPhone baharu, sebelum padam data di iPhone lama, pastikan anda mengakses SEMUA akaun bank/ kewangan anda dengan iPhone baharu dahulu.

5. Ada sebahagian bank yang memerlukan pengesahan daripada telefon lama, contohnya “deregister device” nyahdaftar peranti, atau perlukan kod dari telefon lama.

6. Ada juga yang perlu pergi ke bank untuk pengesahan, jadi ia akan menjadi sedikit huru-hara jika anda memang bergantung untuk membuat pembayaran secara dalam talian, QR, atau pindahan bank.

7. Sediakan wang tunai yang mencukupi, sebelum masalah berlaku disebabkan tidak dapat akses kepada perbankan dalam talian.

8. Pastikan anda telah menyimpan semua kata laluan anda secara bertulis atau bertaip di peranti ketiga, kerana apabila anda mula menggunakan peranti baharu, semua apps perlu log masuk semula.

9. Ada sebahagian apps yang autopindah data log masuk, namun untuk akses ke e-mel, Gmail, atau Google masih perlukan kata laluan.

10. Untuk pengguna RFID atau apps yang menggunakan fungsi autotambah wang, pastikan baki anda setiap kali menggunakan tol atau pembayaran dengan apps itu, kerana mungkin fungsi autotambah terbatal.

11. Anda tentu tidak mahu tersangkut di tol, kemudian tiba-tiba gelabah kerana tidak tahu apa masalah, terpaksa undur kereta ke tepi, dan apabila tarikh nafas semula, semak baki, tiba-tiba baki tidak mencukupi, dan kena fikir semula bagaimana nak tambah baki serta-merta ketika itu.

12. Ringkasnya, apabila anda ingin bertukar peranti, sila bersiap sedia dengan beberapa perkara kecil yang mungkin menyusahkan hidup anda dalam sehari, seminggu, atau sebulan yang pertama.

13. Sentiasa semak apps dan segala yang berkaitan dengan pembayaran dan kewangan anda, di samping bergembira dengan peranti baharu.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

19 September 2025

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...