Salam,
1. Terdapat banyak apps Al-Qur’an yang boleh digunakan untuk membaca menggunakan iPad.
2. Setiap pengguna hendaklah mencuba beberapa apps yang ada, dan kemudian memilih apps yang sesuai dengan keperluan masing-masing.
3. Antara apps untuk membaca Al-Qur’an yang dicadangkan ialah:
A) QuranMajeed
Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-majeed-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B1%D8%A7%D9%86-%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%B1%D9%8A%D9%85/id365557665
Kelebihan:
1. Boleh memilih font Al-Qur’an sama ada Indopak, Mushaf Tajweed, Mushaf atau Uthmanic.
3. Font boleh dibesarkan sebesar-besarnya, jadi sesuai untuk pengguna yang rabun atau berusia lanjut.
4. Mempunyai statistik masa anda bersama Al-Qur’an dalam seminggu.
5. Mempunyai audio pelbagai Qari yang boleh dipindah turun.
6. Audio boleh diulang mengikut ayat, muka surat, surah dan sebagainya, untuk tujuan hafazan.
7. Mempunyai terjemahan pelbagai bahasa.
8. Mempunyai pelbagai koleksi tafsir.
9. Boleh menukar tema -iaitu warna muka surat- mengikut kesesuaian.
10. Dilengkapi dengan waktu salat, azan, dan pelbagai lagi.
11. Versi berbayar berharga RM 69.90, dan ia adalah berbaloi.
B) Quran Hafs by KFGQPC
Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-hafs-by-kfgqpc/id1616321992
Kelebihan:
1. Mushaf Madinah, sama seperti yang Qur’an bercetak.
2. Percuma
Kekurangan:
1. Antara muka bahasa `Arab.
C) Quran Warsh by KFGQPC
Boleh dipindah turun di pautan: https://apps.apple.com/my/app/quran-warsh-by-kfgqpc/id1603047183
Kelebihan:
1. Mushaf dengan qira'at Warsy.
2. Percuma.
D) Boleh dicari sendiri menggunakan kata kunci: “Quran”.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
24 Jun 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan