Salam,
1. Saya menghadiri program MyDigitalMaker di mana terdapat pelbagai pameran teknologi pendidikan, robotik dan inovasi.
2. Terdapat satu reruai yang menawarkan peluang mengambil gambar secara 360 darjah, dan ia sangat menarik!
3. Peserta diminta berdiri di satu titik, kemudian satu kamera akan mengelilingi peserta itu seperti satelit sambil mengambil video dalam jangkamasa dua kali putaran.
4. Setelah itu, video yang terhasil dipaparkan di skrin, dan turut dipancarkan di sebuah panel yang lebih besar.
5. Ketika itu, saya terdetik untuk meminta salinan video tadi, dan pempamer itu terus bertanya, “Telefon jenis apa?”.
6. Saya menjawab “iPhone”, dan dengan segera pempamer itu menggunakan AirDrop untuk menghantar video tadi ke telefon saya.
7. Dan dengan tanpa sebarang kesusahan, dalam beberapa saat, saya sudah dapat memiliki video tersebut.
Kesimpulan
1. Penggunaan iPad/ iPhone untuk mengambil gambar dan video merupakan satu perkara yang memudahkan, terutama apabila berurusan dengan pelanggan/ pengunjung yang tidak dikenali.
2. Secara am, biasanya, kita perlu mengetahui sama ada nombor telefon, jika mahu menghantar melalui WhatsApp (dan setara), atau nama pengguna apabila mahu menghantar melalui Telegram (dan setara), dan perlu menaip maklumat tersebut apabila ingin berurusan dengan pihak lain.
3. Dalam beberapa keadaan, kita terpaksa menyimpan dahulu maklumat sama ada nombor telefon atau nama pengguna itu, walaupun kita tahu yang ia hanya akan digunakan sekali sahaja, dan tidak akan berulang untuk kali kedua.
4. Namun, penggunaan iPad/ iPhone memudahkan kerana dengan fungsi AirDrop, fail (sebarang jenis) boleh dihantar kepada peranti iPad/ iPhone/ MacBook yang berhampiran, dengan hanya memilih nama peranti yang akan dipaparkan di skrin secara automatik.
5. Penghantaran dan pemindahan fail tersebut tidak memerlukan internet, justeru ia boleh digunakan di sebarang tempat walaupun di pedalaman atau ceruk rantau.
6. Penghantaran dan pemindahan fail berlaku dengan sangat pantas, justeru proses keseluruhan hanya memakan masa beberapa saat, dan selesai dengan cepat, sekali gus menjimatkan masa dan sumber.
7. Setelah selesai penghantaran/ pemindahan, pemilik peranti boleh memilih untuk menutup AirDrop masing-masing, jika perlu.
8. Teknologi AirDrop sangat berguna dalam penghantaran dan pemindahan fail, dan ia merupakan kelebihan besar bagi pengguna iPhone, iPad dan MacBook.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
08 Oktober 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan