1. Sebagai pengguna iPhone, apabila ciri Apple Pay diperkenalkan, langkah pertama saya ialah memasukkan data kad debit Maybank ke dalam apps Wallet di iPhone.
2. Proses ini sangat mudah, kerana pengguna hanya perlu menangkap gambar kad, dan nombor kad akan diimbas oleh telefon dan ditaip secara automatik.
3. Pengguna seterusnya memasukkan nama dan 3 angka di belakang kad.
4. Setelah itu, telefon berfungsi seperti biasa, tetapi kali ini ia sudah mempunyai kuasa kad debit.
5. Apabila saya ke kedai dan ingin membayar, saya bertanya untuk membayar menggunakan Touch n’ Go e-Wallet, kerana sudah terbiasa dengan e-wallet itu.
6. Namun, di kedai Sushi King itu, e-wallet tersebut tidak boleh digunakan, hanya boleh kad debit atau kredit.
7. Justeru, saya terus memberitahu bahawa saya akan membuat pembayaran secara “kad debit, wave”.
8. Juruwang kemudian memproses permohonan saya, dan kemudian dia membawakan alat pengimbas sambil meminta kad debit saya.
9. Saya terus meletakkan iPhone 7 Plus sambil meletak jari pada pengimbas jari (iaitu Home Button).
10. Dengan mudah, urusan pembayaran selesai.
11. Secara am, menggunakan Apple Pay sangat mudah, dan ia lebih mudah daripada menggunakan Touch n’ Go e-Wallet.
12. Jika tidak mahu menggunakan Apple Pay sekalipun, mengeset kad debit atau kad kredit di dalam apps Wallet di iPhone sangat memudahkan, terutama dalam kecemasan.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin
16 Ogos 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan