Selasa, 14 Oktober 2025

Perlu bayar dengan eWallet? Gunakan iPhone.

Salam,

1. Sekarang sangat banyak pembayaran perlu dibuat dengan e-Wang, dan banyak juga pilihan pembayaran dengan e-Wang.

2. Bagi pengguna iPhone dan akaun bank tertentu, ada pilihan menggunakan apps Wallet di iPhone untuk memudahkan pembayaran tanpa perlu mengeluarkan sebarang kad.

3. Buka apps Wallet, tekan tanda tambah di penjuru atas kanan, pilih Debit or Credit Card, tekan Continue.

4. Kemudian, dekatkan iPhone anda dengan cip kad debit atau kredit anda, dan masukkan Security Code (tiga nombor di belakang kad), pilih Next.

5. Tekan Agree, tunggu sebentar dan kad anda akan ditambah.

6. Pilih cara untuk pengesahan, tekan Next, anda akan menerima satu mesej dari bank.

7. Masukkan nombor kod yang dihantar, dan pilih untuk jadikan ia Default Card (kad utama pembayaran), jika ia kad anda yang pertama.

8. Jika ia kad yang kedua atau ketiga, pilih Not Now.

9. Sekarang, kad anda sudah sedia untuk digunakan di iPhone.

10. Tekan butang di kanan (side button) sebanyak dua kali, dan dekatkan kepada pembaca kad penjual, atau mesin jualan, atau untuk membayar parking anda.

11. Untuk pengguna Apple Watch, anda mendapat bonus, sebab boleh membayar dengan menekan butang kanan Apple Watch (side button) anda sebanyak dua kali, dan dekatkan kepada pembaca kad.

12. Pengguna Apple Watch tidak perlu pun menggunakan iPhone untuk membayar, terutama jika hanya memakai Apple Watch, contohnya ketika berenang, di pantai, di taman tema air atau berhenti ke tandas di kawasan RnR.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

16 November 2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...