Selasa, 14 Oktober 2025

Menebus SARA RM 100 dengan Apple Watch

Salam,

1. Ramai yang mengalami kesusahan - walaupun mendapat RM 100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) - kerana ingin berbelanja tepat RM 100 agar tidak rugi dan tidak perlu membayar lebih.

2. Perlu diketahui bahawa RM 100 itu ialah jumlah yang diberikan, dan jika anda ingin membeli melebihi nilai, anda hanya perlu membayar berapa nilai yang melebihi RM 100 itu.

3. Contohnya, pembelian anda bernilai RM 101, jadi anda hanya perlu membayar RM 1 (satu ringgit sahaja), dan ini seharusnya tidak membebankan.

4. Masalah sebenar ialah untuk membeli-belah sambil membuat pengiraan matematik, sambil mata melilau mencari dan meneliti barangan, sambil bersambang dengan pasangan, atau mendamaikan anak yang ingin membeli setiap yang dilihat dan yang dipegang.

5. Sebagai manusia yang leka, yang lalai, yang lemah matematik, maka Apple Watch adalah satu alat yang boleh membantu anda mengira apa jumlah harga barangan yang anda masukkan ke dalam bakul.

6. Lihat pada senarai apps, dan pilih kalkulator.

7. Pilih barangan yang ingin dibeli, contohnya Nestum 3 dalam 1, dan taip harganya dalam kalkulator Apple Watch. Taip 11.90 dan tekan tanda tambah (+).

8. Pilih barangan berikutnya, contohnya Vico 3 dalam 1, dan taip harganya. Contohnya 13.99 dan tekan tanda tambah (+).

9. Kalkulator Apple Watch anda akan menunjukkan nilai akhir iaitu 25.89.

10. Teruskan berbelanja sehingga mencapai nilai RM 100 tepat, atau lebih sedikit.

11. Kemahiran ini boleh juga digunakan untuk mengehadkan diri ketika membeli-belah pada ketika lain, contohnya, ayah berkata kepada anaknya, “Untuk kali ini, hanya boleh berbelanja RM 50 sahaja”.

12. Tambahan nilai beberapa ringgit yang lebih dari RM 100 itu juga boleh dibayar dengan Apple Watch melalui Wallet.

13. Sebagai alternatif, anda boleh juga membawa kalkulator yang biasa digunakan oleh murid di sekolah, atau kalkulator saintifik, atau kalkulator lain, namun kurang praktikal.

14. Begitu juga, anda boleh menggunakan kalkulator di dalam iPhone anda, tetapi untuk pegang, taip, simpan balik di dalam beg, keluarkan semula, unlock, taip, … agak menyusahkan.

15. Jadi, bagi pengguna Apple Watch, anda kini boleh berbelanja mengikut nilai hasil tambah, dan bukan lagi mengikut nafsu.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

20 September 2025

Amalan Baik Grup Telegram Baharu

Salam,

1. Apabila mewujudkan kumpulan Telegram yang baharu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah pemilik grup hendaklah membuka paparan grup Telegram dan menekan nama grup pada bahagian atas tengah.

2. Di bahagian atas kanan akan muncul perkataan Edit, sila tekan.

3. Tekan Chat History, dan pilih Visible bagi membolehkan semua ahli yang akan masuk melihat apa yang dipos di dalam grup dari awal penubuhannya. Tekan Done.

4. Langkah berikutnya ialah menulis Description iaitu sedikit keterangan tentang kegunaan grup atau latar belakang. Bahagian ini boleh diubah kemudian. Tekan Done.

5. Langkah berikutnya ialah menekan Add Members.

6. Pilih Invite to Group Via Link.

7. Tekan Share Link, dan tekan Copy Link.

8. Apabila kembali ke paparan Invite Link ini, tekan titik tiga di bahagian kanan.

9. Pilih Get QR Code.

10. Tekan Share QR code.

11. Pilih Telegram, dan cari nama grup, tekan.

12. Di bahagian Add a comment di bawah, tampalkan pautan grup dengan menekan Paste.

13. Tekan Send.

14. Pilihan ini akan menyebabkan di bahagian awal grup akan terpapar kod QR grup tersebut serta pautan untuk menyertai grup.

15. Tindakan ini akan memudahkan ahli lain berkongsi pautan untuk masuk ke dalam grup.

16. Setting ini boleh diubah kemudian apabila ahli sudah cukup, atau mengelakkan orang luar masuk ke dalam grup.

17. Langkah berikutnya ialah melantik admin, tekan nama grup di bahagian atas tengah.

18. Pilih Edit.

19. Tekan Administrators, dan tekan Add Admin.

20. Pilih mana-mana ahli yang sesuai sebagai Admin.

21. Langkah berikutnya ialah membuat logo grup menggunakan Canva.

22. Buka Canva dan Create a new design.

23. Taip “logo” dan pilih Logo.

24. Di tab sebelah kiri (laptop), pilih Design, dan gunakan templat Round logo bagi memudahkan penghasilan logo grup yang berbentuk bulat.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

10 Oktober 2025

Terselamat Apabila Jatuh, Dengan Apple Watch di Tangan

Salam,

1. Hari ini saya mendapat pengalaman baharu kerana terjatuh apabila menuruni sebuah cerun yang tidak sampai tingginya lapan anak tangga.

2. Keluar dari Pusat Sains Negara, saya tidak perasan ada tangga untuk turun ke bawah ke jalan raya, justeru, saya dan anak berusia tiga tahun, Ahmad, menuruni cerun berumput di sebelah jejantas ke seberang jalan, yang membawa turun ke Taman Prasejarah yang mempunyai beberapa replika dinosaur.

3. Sedang menuruni cerun itu sambil memegang tangan kiri Ahmad, tiba-tiba, saya tergelincir dan jatuh terduduk di atas otot gluteus maximus, dengan dua kaki melunjur ke hadapan.

4. Sambil otak memikirkan apa yang berlaku, saya melihat Ahmad, dan bertanya jika dia cedera, namun, nasib baik, Ahmad tidak ada apa-apa.

5. Kemudian, saya mengalih mata ke tangan kiri dan melihat Apple Watch mengeluarkan amaran jatuh, sambil bergegar (vibrate) dan mengeluarkan bunyi penggera (alarm).

6. Di skrin tertulis, “Kelihatan anda telah terjatuh”, diikuti dengan “SOS Panggilan Kecemasan”, dan di bawahnya terdapat satu butang, “Saya tidak apa-apa”.

7. Al-hamdu liLlah, kerana saya tidak apa-apa, maka saya pun menekan butang “Saya tidak apa-apa”.

8. Di skrin Apple Watch seterusnya memaparkan mesej, “Berikan sedikit keterangan”, dan di bawahnya terdapat dua pilihan, “Saya jatuh, tetapi saya OK”, dan “Saya tidak jatuh”.

9. Saya menekan butang pertama memberitahu bahawa saya jatuh, tetapi saya tidak apa-apa.

10. Kejadian hari ini menginsafkan saya, dan memberikan satu keyakinan tentang kepentingan Apple Watch untuk masalah terjatuh, yang merupakan salah satu kejadian luar jangka.

11. Bayangkan jika saya terjatuh dan tidak sedarkan diri atau mati, apakah yang akan berlaku kepada Ahmad? Dia tidak dapat menggunakan telefon, dan dalam usianya tiga tahun, pasti tidak dapat memberikan banyak maklumat kepada pihak berkenaan.

12. Begitu juga jika ibu bapa, atau warga emas yang mungkin terjatuh di bilik air, tangga, atau di dalam rumah yang berkunci. Tidakkah mereka mungkin akan menjadi mayat dahulu sebelum dijumpai dalam keadaan mereput?

13. Begitu juga dengan pendaki gunung, pekerja binaan tinggi yang menggunakan perancah (scaffolding), atau warga pendidik yang sering naik turun tangga, Apple Watch dapat membantu dalam keadaan kecemasan apabila terjatuh.

14. Untuk mengaktifkan fungsi keselamatan ini, buka iPhone > Setting > Emergency SOS > Crash Detection dan hidupkan butang.

15. Crach Detection ini sebenarnya berfungsi untuk mengesan kemalangan jalan raya, satu lagi ciri keselamatan dalam Apple Watch.

16. Seterusnya, tambahlah beberapa orang dalam Emergency Contact.

17. Untuk melihat data jatuh ini, buka apps Health dan pilih “Show All Health Data”, seterusnya pilih cari “Number of Times Fallen”.

18. Di bahagian bawah, pastikan Fall Detection sudah dihidupkan, dan “Always on”.

19. Dengan data jatuh ini, kekerapan jatuh boleh direkodkan dan jika perlu boleh dikongsikan dengan doktor.

20. Justeru, mungkin sudah tiba masanya untuk anda pula memakai Apple Watch, atau menghadiahkannya kepada orang tercinta.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

12 Oktober 2025

Khamis, 31 Oktober 2024

Mahu Tukar MacBook Baharu?

Salam,

1. Pengenalan cip M4 dan keluarganya sangat mengujakan untuk kita menukar MacBook sedia ada kepada yang baharu.

2. Langkah pertama sebelum berfikir apa-apa, ialah dapatkan harga semasa bagi MacBook sedia ada.

3. Caranya, dengan menggunakan iPhone, buka apps Apple Store.

4. Sila pastikan bahawa apps ini bukan App Store, sebaliknya Apple Store.

5. Di penjuru kanan atas, tekan pada muka atau profil sendiri.

6. Pilih Devices, dan semua peranti Apple anda akan terpapar di sini.

7. Klik pada MacBook anda, lihat terus ke bahagian About this device.

8. Di bahagian bawahnya, terdapat dua item, iaitu Order date, dan Estimated Trade-in Value.

9. Baca nilai yang tertera, contohnya Up to RM 2850, yang bermaksud, harga maksimum untuk jualan semula kepada pihak Apple ialah RM 2850.

10. Anda boleh patah balik kepada devices, dan lihat pada item lain yang ada.

11. Jika anda sudah lihat harga peranti anda, dan anda mampu untuk membayar harga tambahan bagi mana-mana MacBook baharu, atau peranti baharu, maka silakan buat tempahan.

12. Jika tidak, maka selesai urusan anda di sini, dan kumpullah duit atau kad kredit untuk pembelian akan datang.

13. Perlu diketahui bahawa harga akan susut dengan peredaran masa, iaitu semakin lama, harga jualan balik peranti anda akan menurun.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin

31 Oktober 2024

Isnin, 23 September 2024

Mahu Tukar kepada iPhone terkini?

Salam,


1. Ramai antara kita adalah pengguna iPhone, dan dengan pengumuman iPhone terkini (iPhone 16 pada September 2024), mungkin ramai yang terasa ingin untuk bertukar kepada iPhone yang terkini.

2. Dengan Apple, jika anda ingin bertukar kepada iPhone yang lebih baharu, ia bukanlah sesuatu yang sukar.

3. Langkah pertama ialah anda perlu memastikan anda melakukan back-up untuk iPhone anda, dan menyediakan kad kredit (atau debit) dengan wang yang mencukupi.

4. Seterusnya, jika mampu, anda boleh terus ke Apple TRX, atau mana-mana tempat yang menawarkan khidmat belian balik (trade-in).

5. Kemudian, bawa telefon anda dan beritahu ingin trade-in dan beli iPhone terkini.

6. Anda mungkin perlu untuk menyemak stok, jika masih ada pilihan model, warna, dan storan yang anda kehendaki, atau beralih kepada apa yang tersedia di Apple TRX itu atau mana-mana premis yang sesuai.

7. Seterusnya, personel (jurujual/ juruteknik) di Apple TRX akan menggunakan mesin mereka untuk menyemak status telefon semasa anda, dan menyatakan harga belian telefon tersebut.

8. Jika anda bersetuju dengan harga belian itu, harga itu akan ditolak dari harga jualan iPhone model terkini yang ingin anda beli.

9. iPhone baharu anda akan dibawa, dan setelah pembayaran dibuat, anda perlu melakukan pindahan data (data transfer) dari iPhone semasa kepada iPhone baharu.

10. Pastikan anda ingat Apple ID, kata laluan dan kod laluan (passcode) anda, kerana ia akan digunakan beberapa kali.

11. Fungsi Find My perlu dinyahaktifkan dari telefon semasa, dengan menggunakan Apple ID dan kata laluan.

12. Jika tidak ingat, paling mudah tulis dan simpan di dalam dompet, khusus untuk proses pembelian ini.

13. Untuk pindahan data, ia akan mengambil masa antara 30 minit hingga 4 jam, bergantung kepada saiz storan anda.

14. Adalah bagus untuk anda hadir dengan sedikit makanan/ minuman, atau bawa teman bersama, kerana anda perlu menunggu di tepi telefon anda di sepanjang proses pindahan data tersebut.

15. Setelah selesai pindahan data ke telefon baharu, data dan fungsi keselamatan di telefon semasa akan dipadamkan.

16. Jika masih menggunakan kad SIM, ketika ini, kad SIM anda akan dipindahkan dari telefon semasa ke telefon baharu.

17. Personel di Apple TRX akan mengambil telefon lama anda, dan anda boleh mula menggunakan telefon baharu.

18. Jika perlu, anda bolehlah membeli aksesori tambahan seperti (perumah) casing, sarung/ selongsong telefon (phone protective case) atau (pelindung skrin) screen protector.


Ditulis oleh

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

23 September 2024

Sabtu, 30 Disember 2023

Lost World of Tambun: Mudahnya ada Apple Watch

Salam,


1. Dalam kesibukan guru-guru melancong sempena cuti sekolah, satu perkara yang jelas kelihatan ialah lebih banyak kedai menerima pembayaran secara tidak tunai.

2. Penggunaan kad kredit, kad debit, e-Dompet dan sebagainya, semakin mendapat tempat, dan tidak ketinggalan di pusat-pusat pelancongan.

3. Di Lost World of Tambun, saya dapati ada Apple Watch sangat memudahkan diri saya.

4. Di taman teman air seperti ini, sudah tentu dompet tidak ada di badan, hanya pakaian mandi dan kelengkapan paling ringkas.

5. Sungguhpun ringkas, pastikan diri menutup aurat dengan baik, dan tidak meliarkan pandangan melihat atau membayangkan apa-apa yang tidak wajar.

6. Walaupun ramai yang membawa iPhone terutama untuk mengambil gambar, tetapi disebabkan fitrah taman tema air yang akan basah, maka penggunaan bekas pelindung kalis air menjadi pilihan ramai untuk mengisi telefon mereka.

7. Dalam keadaan itu, walaupun ramai yang masih membawa duit - di dalam bekas pelindung kalis air itu -, penggunaan Apple Pay sangat memudahkan.

8. Walaupun boleh membuat pembayaran dengan menggunakan Apple Pay di iPhone, tetapi pengguna Apple Watch mendapat kelebihan kerana tidak perlu lagi mengeluarkan iPhone untuk pembayaran.

9. Hanya tekan butang di sisi dua kali, dan hulurkan tangan untuk pembayaran, ia sangat mudah.

10. Walaupun ia bermaksud, pengguna perlu ada banyak wang untuk dibelanjakan, tetapi, melancong bermaksud berbelanja dan mengeluarkan wang!

11. Untuk membeli air, makanan, dan pelbagai kegunaan pembayaran yang lain, ternyata penggunaan Apple Pay sangat memudahkan, dan dengan Apple Watch, ia lebih dimudah-mudahkan.

12. Cuma, saya tidak dapat beli satu aiskrim disebabkan reruai itu hanya menerima tunai sahaja!

13. Justeru, yang belum menggunakan Apple Watch, ia satu alat tambahan yang wajar untuk dipertimbangkan untuk dibeli.

14. Bagi yang sering tertinggal telefon, atau sering kehilangan telefon, atau tidak suka membawa telefon contohnya ke surau, Apple Watch adalah pilihan yang wajar.

15. Ia mahal, tetapi ia memudahkan.

16. Ia perlu dicas setiap hari, tetapi itu tidak menjadi masalah, kerana lumrah manusia memang akan menanggalkan jam dalam keadaan tertentu, seperti membuang air besar, mandi, dan sebagainya.

17. Pengembara dapat menggunakan ciri pembayaran di pelbagai tempat, ditambah fungsi mencari arah Qiblat yang memudahkan kehidupan dan `ibadah.


Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

30 Disember 2023

INGATAN untuk pengguna Apple Maps di Tambun

Salam,


1. Jika ada pengguna Apple Maps di Tambun, Perak, anda diharapkan agar berhati-hati apabila menggunakan Apple Maps.

2. Saya dapati ada beberapa kali, Apple Maps menunjukkan laluan salah bagi jalan, contohnya jalan sehala ke kiri, tetapi disuruh ke kanan.

3. Kali yang lain, jalan ialah jalan masuk dari jalan utama, tetapi Apple Maps mengarahkan pengguna keluar melalui jalan masuk itu.

4. Hal ini boleh membahayakan pengguna, terutama pelancong atau pengguna jalan tersebut kali pertama.

5. Namun, adalah masih berbaloi untuk menggunakan Apple Maps terutama bagi pengguna Apple Watch.

6. Kata kuncinya, sebagai manusia berakal, masih kena guna akal dan deria sendiri, kerana teknologi juga mungkin ada kesalahan.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

30 Disember 2023

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...