Sabtu, 11 November 2023

Mencari Arah Qiblat Semudah ABC dengan Apple Watch

Salam,


1. Sebagai seorang Muslim, mencari arah Qiblat adalah satu perkara utama dalam kehidupan, disebabkan seseorang Muslim diwajibkan bersalat sebanyak lima kali sehari semalam.

2. Dengan Apple Watch, Qiblat boleh dicari dengan sangat mudah, dan tidak ada lagi keraguan terhadap arah Qiblat.

3. Langkah pertama ialah dengan membuka Apple Maps, sama ada di iPhone atau di Apple Watch.

4. Pada bahagian Kegemaran (Favourites), pilih Add, atau tanda tambah.

5. Taip perkataan berikut: Ka’abah Al Musharafah dan tekan Selesai (Done).

6. Langkah kedua digunakan setiap kali ingin mencari arah Qiblat.

7. Pastikan tiada barang-barang logam yang boleh mengganggu fungsi magnet di sekitar anda.

8. Dengan menggunakan Apple Watch, seret muka jam ke atas.

9. Turun ke bawah, dan pilih “All Apps”.

10. Pilih apps Kompas (Compass).

11. Cara lebih mudah ialah dengan menyebut, “Hai Siri, buka Kompas” (Hi Siri, Open Compass).

12. Tekan pada huruf (i) di penjuru atas kiri.

13. Turun ke bawah dan pilih “Waypoints”.

14. Akan dipaparkan “My Places”, pilih “My Places”.

15. Turun ke bawah dan tekan “Mecca”.

16. Turun ke bawah dan pilih “Target Waypoint”.

17. Gerakkan jam sehingga bulatan merah berada di atas bulatan putih, dan itu ialah arah Qiblat.

18. Kini anda boleh bersalat dengan tenang walau di mana anda berada, bersama Apple Watch anda.

19. Anda kini boleh mencari arah Qiblat di hotel, di hutan, atau di tempat baharu dengan Apple Watch anda.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

11 November 2023



Pengalaman Menggunakan Apple Maps dengan Apple Watch

Salam,


1. Dalam keterbiasaan kita menggunakan Waze, adalah bagus untuk kita menerokai penggunaan Apple Maps.

2. Secara am, Apple Maps boleh digunakan untuk peri ke sesuatu destinasi, dan ia akan menunjukkan jalan yang boleh dilalui untuk sampai ke destinasi itu.

3. Jika mempunyai lebih dari satu jalan, ia akan terus menunjukkan jalan yang ada, dan memilih jalan yang paling laju.

4. Dengan cepat pula, kita boleh memilih sama ada mahu menaiki kereta, berjalan kaki, menaiki keretapi, basikal/ motosikal atau menggunakan apps tempahan.

5. Jika mahu, pengguna boleh juga menambah tempat perhentian, jika ada.

6. Pada paparan hadapan, akan terus dipaparkan perkataan “Now” (Sekarang), dan pengguna boleh memilih untuk pergi sekarang atau merancang pada masa depan.

7. Begitu juga, akan terus dipaparkan perkataan “Void” (Elak), dan terdapat pilihan untuk memilih mengelakkan tol atau jalan utama/ lebuh raya (Motorways).

8. Setelah itu, pengguna perlu menekan “Go” (Pergi), dan perjalanan akan dimulakan.

9. Bagi pengguna Apple Watch, setting ini boleh dibuat di Apple Watch, atau iPhone, dan secara serta-merta, iPhone akan diaktifkan dengan Apple Maps yang menunjukkan jalan yang akan dilalui.

10. Pada masa yang sama, di Apple Watch akan dipaparkan simpang-simpang yang perlu diambil, DAN yang paling menarik, ia akan bergegar sebanyak tiga kali, sebelum setiap simpang.

11. Ciri gegar ini paling menarik, dan ia dapat memastikan pengguna tidak terlepas simpang, berbanding sekadar mendengar arahan, yang mungkin akan terlepas dengar.

12. Di iPhone akan dipaparkan tiga maklumat di bahagian bawah, iaitu masa ketibaan (arrival), berapa minit lagi perjalanan dan berapa kilometer lagi.

13. Ada butang pilihan lain (more) berbentuk segi tiga ke atas di sebelah kanan, dan butang ini membolehkan pengguna membuat beberapa pilihan lain.

14. Pilihan pertama ialah pengguna boleh menambah perhentian pada bila-bila masa, jika ada.

15. Pengguna juga boleh berkongsi jangka masa tiba (JMT) atau ETA melalui mesej.

16. Jika berlaku sesuatu di perjalanan, pengguna boleh memilih untuk melaporkan kejadian.

17. Walau bagaimanapun, hanya tiga kejadian yang boleh dilaporkan, iaitu kemalangan (Crash), bahaya (Hazard) dan perangkap halaju (Speed Check).

18. Pengguna juga boleh memilih tiga pilihan kekuatan suara.

19. Secara am, pengguna boleh menukar suara Apple Maps, dengan menggunakan iPhone.

20. Bagi menukar bahasa, pengguna perlu memilih Siri & Search, dan menukar bahasa Siri melalui Language.

21. Berbeza dengan Waze (Melayu), Apple Maps memilih cara navigate yang berbeza.

22. Pengguna akan mendengar arahan yang berbeza daripada Waze, kerana ada maklumat tambahan seperti “Sepanjang 2.6 kilometer, setelah itu, belok kanan ke Jalan Maharaja”.

23. Menggunakan Apple Maps “lebih senyap” berbanding Waze, dan ia satu perkara yang menarik bagi yang kurant mahukan gangguan.

24. Dan yang paling menarik, bagi pengguna Apple Watch, ia ialah pengalaman yang berbeza dan menarik, terutama ciri gegar.

25. Bagi pengguna iPhone, ia juga apps yang wajar untuk dicuba bagi mendapatkan pengalaman berbeza.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

11 November 2023

Isnin, 23 Oktober 2023

Membayar dengan Apple Watch

Salam,


1. Dengan Apple Watch, fungsi Wallet boleh diaktifkan untuk pembayaran, sama seperti di iPhone.

2. Justeru, jika pengguna iPhone sudah mengeset Wallet dengan kad sama ada kredit atau debit, Apple Pay boleh digunakan di Apple Watch, sama seperti di iPhone.

3. Bagi pengguna Apple Watch selular, lebih menarik lagi, tidak perlu pun membawa iPhone ketika berjalan-jalan, kerana boleh terus membayar dengan Apple Watch selular.

4. Untuk membayar, pengguna hanya perlu menekan butang sisi dua kali, dan kad (debit atau kredit) akan dipaparkan di muka jam.

5. Satu arahan akan turut dipaparkan, “Hold near reader”, iaitu pengguna perlu mendekatkan Apple Watch kepada pembaca kad di mesin kad, atau terminal pembayaran.

6. Setelah itu, pembayaran akan selesai, dan satu notifikasi akan dipaparkan di Apple Watch.

7. Secara am, semua proses ini boleh dilaksanakan dengan iPhone, yang memudahkan kehidupan penggunanya.

8. Walau bagaimanapun, dengan Apple Watch, pembayaran mudah dengan iPhone itu dimudahkan lagi, sehingga tidak perlu mengeluarkan iPhone dari beg atau poket.

9. Malah, dalam keadaan tertinggal telefon, pembayaran masih boleh dilaksanakan dengan Apple Watch selular.

10. Contoh mudah, jika di stesen minyak, pengguna boleh membayar dengan Settle, bagi stesen Petronas.

11. Tetapi, dalam keadaan tiada kredit, atau tiada Internet, pengguna perlu mengeluarkan kad (kredit/ debit) bagi membayar di pam, apabila pembayaran dengan Settle tidak dapat digunakan.

12. Mencari dan mengeluarkan kad kredit itu mungkin menyusahkan dalam sesetengah keadaan, justeru, Apple Watch dalam memudahkan dengan hanya membawa Apple Watch ke terminal pembayaran.

13. Begitu juga apabila ingin membeli air minuman contohnya di AEON, yang boleh dibayar dengan pelbagai cara termasuk kad.

14. Sama ada pengguna mengeluarkan iPhone dan membayar, atau lebih mudah menggunakan Apple Watch.

15. Bagi pemandu kereta yang ingin meletakkan kenderaan di parking tanpa tunai, iPhone atau Apple Watch boleh digunakan semasa masuk dengan mendekatkan peranti ke pembaca kad.

16. Semasa keluar dari parking, pengguna perlu mengimbas dua kali: pertama untuk mengimbas kad semasa masuk, dan kali kedua untuk membuat pembayaran.

17. Cuma, hal ini menjadi kekurangan bagi pemakai jam di tangan kiri, kerana tingkap pemandu dan pengimbas berada di sebelah kanan.

18. Secara am, ada iPhone, hidup menjadi mudah, dan dimudahkan lagi jika ada Apple Watch.

19. Bahkan lebih mudah pula jika ia ialah Apple Watch selular.


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

23 Oktober 2023

Ahad, 22 Oktober 2023

Apple Watch: Perlukah saya membelinya?

Salam,


1. Secara am, Apple Watch ialah seutas jam pintar yang mahal.

2. Disebabkan harganya, bukanlah menjadi satu keperluan untuk seseorang membeli Apple Watch, kerana terdapat pelbagai jenis jam tangan yang lebih murah dan mampu dimiliki.

3. Walau bagaimanapun, bagi yang ingin membeli dan memiliki Apple Watch, atau masih berkira-kira mahu membeli atau tidak, pengguna jam pintar ini akan menikmati beberapa kelebihan.

4. Yang paling utama, ia ialah jam tangan pintar, yang menggunakan Apple ID yang sama dengan iPhone.

5. Justeru, segala setting dan tetapan Apple Watch boleh dibuat di iPhone dengan mudah.

6. Contoh tetapan asas adalah seperti tarikh dan masa, dan ia akan menggunakan setting yang sama seperti iPhone, lantas memberikan tetapan tarikh masa yang tepat dan terkini.

7. Hal ini lebih ketara apabila seseorang mengembara ke zon waktu yang berbeza, jadi tarikh-masa di Apple Watch akan dikemas kini, sama seperti iPhone, secara automatik.

8. Paparan, antara muka, atau muka Apple Watch juga boleh diubah, ditukar-tukar, dan disetkan oleh pengguna.

9. Ini memberikan satu cita rasa dan kekreatifan terhadap pengguna Apple Watch, contohnya, seseorang boleh meletakkan gambar foto keluarga sebagai muka paparan muka Apple Watch.

10. Begitu juga dengan perincian yang ingin dipaparkan di antara muka Apple, pengguna boleh menetapkan perincian seperti tarikh, tarikh Hijriyyah, data cuaca, data kesihatan dan sebagainya.

11. Bagi yang memerlukan notifikasi segera, sama seperti di iPhone, di Apple Watch, notifikasi boleh disetkan agar semua data yang baru masuk dipaparkan seperti mesej, WhatsApp, Telegram, e-mel, Instagram dan sebagainya.

12.Justeru, anda tidak akan tertinggal mesej atau notifikasi penting yang mungkin terlepas jika anda berjauhan dengan iPhone anda.

13. Untuk mereka yang mementingkan nyawa, Apple Watch menawarkan pelbagai fungsi bantu untuk menyelamatkan nyawa, seperti notifikasi jika anda terjatuh, atau mengalami kemalangan jalan raya.

14. Dengan fungsi ini, orang yang tersayang serta pihak kecemasan akan dimaklumkan apabila kejadian tersebut berlaku, jika anda tidak menghentikan notifikasi itu setelah beberapa saat terjatuh.

15. Justeru, bagi orang yang menghadapi masalah sering jatuh, atau memandu jauh, atau usia sudah meningkat (seperti untuk ibu bapa), penggunaan Apple Watch mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda, dan mengelakkan seseorang mati tanpa disedari, atau mayat mereput sehingga beberapa lama sebelum dijumpai.

16. Bagi pengguna yang aktif bersukan dan ingin memastikan aktiviti fizikal kekal sepanjang tahun, Apple Watch menyediakan sensor yang menyukat pelbagai aktiviti, tenaga digunakan, pergerakan dan sebagainya yang diperlukan oleh ahli sukan.

17. Bagi yang sering terlupa atau tertinggal telefon, Apple Watch dengan selular (talian telefon) membolehkan anda membuat panggilan, menjawab mesej dan sebagainya, walaupun anda tertinggal telefon di rumah.

18. Begitu juga, jika anda kehilangan atau salah letak peranti Apple yang lain, Apple Watch boleh digunakan bagi mencari di mana peranti tersebut berada.

19. Bagi pengguna iPhone dan MacBook, Apple Watch boleh memudahkan anda membuka (nyahkunci, unlock) peranti anda, apabila Apple Watch berada berdekatan, dan tidak perlu menggunakan kod laluan (passcode) atau imbasan muka lagi.

20. Bagi pengguna yang biasa menggunakan ApplePay atau aplikasi Wallet, ia juga boleh digunakan di Apple Watch.

21. Justeru, jika anda tertinggal telefon atau dompet, masih banyak pembelian dan bayaran boleh dilaksanakan seperti mengisi minyak, membeli di pasaraya, dan lain-lain.

22. Secara am, Apple Watch ialah pelengkap kepada iPhone, yang memudahkan pengguna iPhone meneruskan hidup mereka dengan lebih berkualiti dan baik.

23. Ia tidak diperlukan jika anda tiada bajet, kerana banyak jam pintar yang jauh lebih mudah boleh melaksanakan sebahagian daripada apa yang ditawarkan Apple Watch.

24. Contohnya, jam Xiaomi Mi Band yang berharga kurang dua ratus ringgit, dapat melaksanakan banyak fungsi masa, kesihatan dan muzik, walaupun bukan seratus peratus seperti Apple Watch.

25. Fungsi pengesanan jatuh dan kemalangan itu belum tentu digunakan, jadi, berbaloi atau tidak berbelanja ribuan ringgit untuk 30 saat kemalangan, yang boleh menentukan sama ada anda dapat diselamatkan daripada kematian, mungkin tidak sepenting perbelanjaan lain.

26. Nyawa dan ajal telah ditentukan, justeru, mungkin fungsi tersebut tidak diperlukan... hinggalah apabila sudah menyesal tidak dapat menyelamatkan nyawa diri sendiri atau orang tersayang!


Ditulis oleh,

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

22 Oktober 2023

Jumaat, 13 Oktober 2023

Pengalaman Menggunakan Grab dengan iPhone

Salam,


1. Saya terperasan satu ciri baharu yang sangat memudahkan pada iPhone apabila saya menggunakan Grab hari ini.

2. Setelah saya memanggil Grab, terdapat beberapa minit masa untuk kereta tiba.

3. Jika saya terus menghidupkan skrin iPhone, ia akan menggunakan lebih banyak bateri, dan saya ingin menjimatkan bateri.

4. Justeru, saya menutup telefon saya, dan bercadang untuk membukanya semula setelah beberapa minit bagi melihat bila kereta Grab itu akan tiba.

5. Tiba-tiba, pada Dynamic Island iPhone ada dipaparkan berapa minit lagi kereta Grab itu akan tiba, dalam keadaan telefon sudah dikunci (locked).

6. Begitu juga apabila kereta tiba, pada Dynamic Island juga dipaparkan berapa minit lagi akan tiba di destinasi.

7. Ini satu ciri pada iPhone (terkini) yang sangat menarik.

8. Dan apabila lebih banyak apps mula menggunakan fungsi pada Dynamic Island ini, tentu ia akan lebih memudahkan hidup pengguna iPhone.

9. Cuma pastikan telefon anda dikemas kini kepada iOS terkini.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

13 Oktober 2023

Isnin, 9 Oktober 2023

Pengalaman: Mudahnya mengimbas teks dengan iPhone & iPad

1. Buka apps Notes.

2. Buka satu dokumen baharu.

3. Klik pada ikon kamera, pilih “Scan text”. Jika tiada pilihan ini (seperti iPhone 7 Plus yang saya guna), bolehlah ke kedai Apple yang berhampiran.

4. Satu tetingkap kecil akan dipaparkan.

5. Halakan telefon anda ke teks/ petikan yang ingin diimbas, pastikan ia masuk ke dalam tetingkap kecil tersebut.

6. Tekan “Insert” pada skrin.

7. Teks yang telah diimbas akan keluar dalam bentuk bertaip.

8. Anda boleh menghantar teks tersebut melalui WhatsApp/ Telegram/ e-mel dan sebagainya untuk digunakan semasa membuat modul/ soalan dan sebagainya.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

11 Mei 2022

Perkongsian: Kelebihan Menggunakan MacBook dan iPad dalam Menulis Surat

1. Saya dapati menggunakan MacBook Pro, lebih mudah untuk menulis surat disebabkan oleh beberapa faktor.

2. Pertama, penggunaan trackpad (= mousepad) yang memudahkan untuk menatal dokumen ke atas dan ke bawah.

3. Semasa menaip, mudah untuk menukar kepada paparan dokumen/ tetingkap lain, dengan menggunakan trackpad.

4. Mudah untuk membesarkan paparan dokumen atau mengecilkannya (zum ke dalam, zum ke luar) dengan menggunakan trackpad.

5. Dengan tambahan iPad, saya dapat membuka satu lagi dokumen sebagai paparan tambahan.

6. Di samping itu, saya boleh menyalin daripada dokumen di iPad dan menampal di MacBook dengan hanya mengawal dari trackpad di Macbook.

7. Setelah selesai surat, saya menandatangan di iPad menggunakan apps KeyNote, dan mengeksport gambar tandatangan itu ke MacBook menggunakan AirDrop.

8. Setelah selesai, saya mengeksport dokumen sebagai PDF dan menghantarnya ke Telegram.

9. Secara kesimpulan, menggunakan MacBook untuk menulis surat, sangat selesa dan mudah.

10. Lebih mudah jika diiringi dengan penggunaan iPad (berserta Apple Pencil).


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 Ogos 2022

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...