Selasa, 7 April 2026

Bertukar Peranti (iPhone)?

Salam,

1. Ramai yang mula untuk bertukar peranti, jadi ini adalah antara panduan yang mungkin berguna.

2. Semasa mengambil peranti baharu, untuk ke kedai/ kompleks membeli-belah atau untuk masuk parking, pastikan tidak masuk dengan kad yang ada di dalam iPhone (dalam Wallet), sebaliknya gunakan kad manual.

3. Ini kerana kad yang ada di dalam iPhone (Wallet) adalah unik, dan tidak sama dengan kad fizikal, jadi kalau bertukar telefon, akan dianggap kad hilang, dan menyusahkan diri.

4. Semasa memindah maklumat dari iPhone lama ke iPhone baharu, sebelum padam data di iPhone lama, pastikan anda mengakses SEMUA akaun bank/ kewangan anda dengan iPhone baharu dahulu.

5. Ada sebahagian bank yang memerlukan pengesahan daripada telefon lama, contohnya “deregister device” nyahdaftar peranti, atau perlukan kod dari telefon lama.

6. Ada juga yang perlu pergi ke bank untuk pengesahan, jadi ia akan menjadi sedikit huru-hara jika anda memang bergantung untuk membuat pembayaran secara dalam talian, QR, atau pindahan bank.

7. Sediakan wang tunai yang mencukupi, sebelum masalah berlaku disebabkan tidak dapat akses kepada perbankan dalam talian.

8. Pastikan anda telah menyimpan semua kata laluan anda secara bertulis atau bertaip di peranti ketiga, kerana apabila anda mula menggunakan peranti baharu, semua apps perlu log masuk semula.

9. Ada sebahagian apps yang autopindah data log masuk, namun untuk akses ke e-mel, Gmail, atau Google masih perlukan kata laluan.

10. Untuk pengguna RFID atau apps yang menggunakan fungsi autotambah wang, pastikan baki anda setiap kali menggunakan tol atau pembayaran dengan apps itu, kerana mungkin fungsi autotambah terbatal.

11. Anda tentu tidak mahu tersangkut di tol, kemudian tiba-tiba gelabah kerana tidak tahu apa masalah, terpaksa undur kereta ke tepi, dan apabila tarikh nafas semula, semak baki, tiba-tiba baki tidak mencukupi, dan kena fikir semula bagaimana nak tambah baki serta-merta ketika itu..

12. Ringkasnya, apabila anda ingin bertukar peranti, sila bersiap sedia dengan beberapa perkara kecil yang mungkin menyusahkan hidup anda dalam sehari, seminggu, atau sebulan yang pertama.

13. Sentiasa semak apps dan segala yang berkaitan dengan pembayaran dan kewangan anda, di samping bergembira dengan peranti baharu.

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin

19 September 2025

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktabah Syamilah untuk MacBook

Salam, 1.Berita baik bagi penuntut/ pengajar ilmu-ilmu agama/ Islam/ `Arab, terutama bagi pengguna Maktabah Syamilah, kerana ia kini sudah...