Salam,
1. Apabila memakai Apple Watch, ada sebahagian pengguna yang menghadapi masalah crown Apple Watch selalu berlaga atau ditekan secara tidak sengaja oleh belakang tapak tangan, terutama apabila tapak tangan melipat ke atas.
2. Jadi ada beberapa penyelesaian, antaranya ialah menukar tangan memakai jam, tetapi cara ini tidak seronok, kerana kelaziman sudah berubah, atau menterbalikkan jam supaya crown Apple Watch menghala ke lengan dan bukan ke tapak tangan.
3. Cara yang kedua ini, menimbulkan satu lagi masalah, bolehkah muka jam dipusing, supaya apabila tangan diangkat, teks menghadap mata, bukan membelakangkan mata.
4. Sebenarnya, Apple Watch ada fungsi kawalan untuk ini, jadi anda tidak perlu menukar tangan yang memakai jam.
5. Langkah pertama, terbalikkan jam supaya crown menghadap ke lengan, jadi perlu tanggalkan tali jam (stripe) dan tukar kedudukan atas bawah.
6. Seterusnya, buka iPhone > Watch dan pilih General.
7. Klik pada Watch Orientation dan di sini ada dua set pilihan.
8. Pilihan pertama ialah di tangan mana Apple Watch dipakai, jadi tidak perlu usik bahagian ini.
9. Pilihan kedua ialah arah crown, jadi pilih Digital Crown on Left Side, jika memakai jam di tangan kiri, atau pilih Digital Crown on Right Side, jika memakai jam di tangan kanan.
10. Arah muka jam akan berubah menjadi natural dengan mata anda.
11. Perbezaan nyata ialah kedudukan crown yang sudah berubah dari menghadap tapak tangan, berubah menghadap lengan.
12. Begitu juga kedudukan crown, kalau sebelum ini di bahagian kanan atas (jika memakai di tangan kiri), kini sudah berubah ke bahagian kiri bawah.
13. Jadi, anda perlu mengubah cara anda menekan crown untuk pembayaran Apple Pay dan fungsi lain, antara menekan dengan ibu jari dengan jari telunjuk, serta menyesuaikan kedudukan baharu crown semasa menekan iaitu di atas dengan di bawah.
14. Selamat mencuba.
Ditulis oleh,
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin
13 Februari 2026
Tiada ulasan:
Catat Ulasan